Friday 9 November 2012

PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM

Program ini dianjurkan oleh Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Kami mengadakan lawatan dan program kepada anak-anak yatim yang berada di Rumah Anak Kesayanganku di Selangor. Program ini disertai oleh ahli jawatankuasa kolej yang terdiri daripada wakil aras setiap blok di kolej tersebut. Program ini dijalankan sebagai khidmat masyarakat dengan memberi semangat kepada anak-anak yatim dan bergaul dengan mereka bagi mereka merasakan ramai yang mengambil berat terhadap diri mereka. Banyak aktiviti yang kami lakukan semasa program ini dijalankan. Warga yang menginap di rumah ank yatim ini terdiri daripada mereka yang telah kehilangan ibu bapa mereka. Terdapat juga mereka yang bukan anak yatim dan tinggal di kawasan yang berhampiran dihantar ke rumah ini. Hal ini disebabkan terdapat ibu bapa yang melihat pengajaran dan amalan yang dilakukan di rumah ini bermanfaat dan dapat mendidik seseoarng itu menjadi yang terbaik. Ilmu yang diterapkan di dalam rumah ini lebih kepada ilmu-ilmu agama.










No comments:

Post a Comment