Friday 9 November 2012

PERJALANAN HIDUP SEBAGAI SEORANG PELAJAR PEN. BIMBINGAN & KAUNSELING

           Masa mula-mula datang UPSI ni terasa kosong sangat. Rasa macam takde ilmu langsung kat dalam diri ni. Tapi alhamdulillah saya bertemu dengan kawan-kawan yang sentiasa bersama dengan saya. Banyak ilmu yang kami pelajari bersama-sama sepanjang 2 tahun lebih ni.Harap berkekalan. Kami datang dengan ilmu yang kosong dalam bidang bimbingan dan kaunseling ni. Tapi sekarang banyak yang kami perolehi hasil daripada pembelajaran dan program yang dijalankan. Di dalam kelas kami banyak didedahkan dengan teori dan belajar bagaimana untuk membuat sesi dengan baik. Sememangnya bukan mudah untuk memikul tugas sebagai seorang kaunselor. Banyak yang perlu dipelajari untuk membuat sesi. Tugas kaunselor bukan hanya membuat sesi sahaja. Banyak tugas yang perlu dilakukan lagi. Antara salah satu tugas lain yang perlu dibuat ialah membuat program di sekolah untuk memberi kesedaran sekaligus mengurang masalah tingkah laku dan pembelajaran di sekolah. 

       Sebelum saya mempelajari dalam bidang ini, saya ingat mudah je nak jadi seorang kaunselor. Rupa-rupanya bidang itu susah. Bukan nak menakutkan tapi jika ada banyak ilmu dalam dada ni tak perlu risau la sangat. Yang penting cari pengalaman dan asah kemahiran untuk menjalani hidup sebagai seorang kaunselor di sekolah nanti. Usaha itu sangat penting dan inilah yang saya lakukan sekarang ini. 

      Ilmu itu bukan sahaja perlu dicari di dalam kelas. Ia perlu dicari di luar kelas juga. Contohnya aktifkan diri dalam aktiviti luar seperti terlibat dengan persatuan atau organisasi-organisasi yang lain. Dulu saya merasakan semua itu tak penting. Yang penting adalah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam exam. Tapi itu tidak betul. Kita perlu mencari pengalaman lain sama untuk menjalani hidup sebagai seorang kaunselor. 

*Ni la muka-muka pelajar sem 1 program pendidikan bimbingan dan kaunseling sesi 2010/2011.

* Ni pulak aktiviti luar yang kami buat dengan berbasikal dari Kolej Harun Aminurrashid ke Desa Selesa untuk menikmati buah-buahan di dusun sambil bermain air. Bila tengok video ni teringat waktu kami menaiki basikal di dalam ladang. Memang pengalaman itu tak boleh nak lupakan.Seronok sangat. 

















No comments:

Post a Comment