Tuesday 13 November 2012

PANDUAN PEMILIHAN KERJAYA MENGIKUT RIASEC

PERSONALITI
KARAKTERISTIK
KARIER
REALISTIK
Individu yang mempunyai kemahiran etletik (athletic) atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan berbanding di dalam  bangunan.Jurutera, operator mesin,  mekanik kapalterbang/mekanik kereta, tukang kayu, ahli ilmu perkebunan.
INVESTIGATIF
Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelaajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik.Ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kajibumi/kajibintang, penyelidik sains, antropologis
ARTISTIK
Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi. Suka bekerja dalam situasi yang tidak/kurang berstruktur. Tidak selesa dengan kerja yang rutin/berulang-ulang. Selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.Pemimpin orkestra, penyair, penggubah lagu, pengarang, pelukis, wartawan, arkitek, juruhias dalaman
SOSIAL
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat melatih, menolong, memberitahu, memperkembang, mengubati dan berbuat kebajikan. Berkemahiran menggunakan kata-kata dan berkomunikasi. Matlamat utama – berbuat kebajikan.Ahli sosiologi, guru, pengetua sekolah, pegawai perhubungan awam, kaunselor, pengarah agensi kebajikan
ENTERPRISING
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat mempengaruhi, memimpin, mengarah dan mengurus individu lain. Cekap memanipulasi orang lain. Matlamat akhir – keuntungan ekonomi dan organisasi.Spekulator, aktuaris, eksekutif pengiklanan/perniagaan, pengarah syarikat, peguam, ahli politik, pegurus bank
KONVENSIONAL
Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Berkemahiran dalam bidang perkeranian dan cekap menggunakan nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, teratur, bersifat akur serta patuh kepada arahan.Penyimpan kira-kira, guru perdagangan, akauntan, jurutrengkas, kerani gaji, kerani bank, operator komputer, penilai harta

No comments:

Post a Comment