Saturday 10 November 2012

PERSATUAN BIMBINGAN & KAUNSELING (KASIH)


  Saya mula terlibat dengan persatuan ini pada semester 3. Alhamdulillah saya telah diberi kesedaran untuk terlibat dengan persatuan dan saya telah mengetahui betapa besarnya ilmu yang boleh kita dapat apabila terlibat dengan persatuan dan terlibat dengan aktiviti luar. Ilmu yang saya dapati ini tidak dapat daripada kelas. Ia boleh didapati dengan pengalaman apabila berada dalam sesuatu organisasi. Saya bermula dengan jawatan sebagai wakil semester 3 pada masa tu. Memang saya macam baby baru dapat berjalan pada masa tu. Ye la kan, banyak benda saya tak tahu. Dari segi berhubung dengan ramai orang apabila hendak membuat program, bercakap di hadapan orang ramai, bekerjasa dengan senior dan junir, membuat minit mesyuarat, menyediakan laporan dan lain-lain lagi. Memang banyak la saya dapat pelajari selepas saya terlibat denga persatuan ni. memang agak penat sebab asyik-asyik meeting tapi tu adalah satu dugaan untuk saya mendapatkan ilmu. Redha je la..dan ilmu yang saya dapat tu amat bermakna dan berguna untuk diri saya.


            Ada satu waktu, kami dikehendaki melakukan satu persembahan semasa program annual dinner yang dijalankan semasa berada di semester 2 untuk meraikan majlis perpisahan bagi semester 8. Masa ni la saya baru kenal ramai senior-senior. Sebelum ni susah nak jumpa senior sebab saya tak aktif dalam persatuan. Bila dah sampai semester 3 baru nak sedar n aktif dalam persatuan. Tak pe la..masih lom terlambat lagi kan nak kejar ilmu 2.hehehehe..
             Masa ni saya rasa malu sangat buat persembahan tu sebab saya tak ready langsung. Semua orang main belasah je buat persembahan tu. Tu pun saat-saat akhir baru terpikir nak nyanyi lagu je. Berlatih pun sekali je..Nak buat cam ne kn..Tapi apa-apa pun senior n junior bagi support. Bersemangat la jugak walaupun buat persembahan ntah apa-apa. Junior berlakon, yang kami pulak punye la simple persembahan.Nyanyi je.hehehe..Tapi apa-apa pun kami dah buat yang terbaik.. Gud luck untk senior.

Tema Annual Dinner ni sebenarnya Arabian tapi tak berapa nak arabic sangat..hehehehe









           Banyak lagi program yang saya terlibat tetapi ni saje yang dapat saya kongsikan kepada semua. Gambar tak de la..hehehehe..Program ni pulak dijalankan masa saya semester 3. Program ini ialah Mesyuarat Agung Persatuan Bimbingan dan kaunseling tahun 2011. Mesyuarat ini dilakukan untuk mengadakan majlis penyampaian sijil kepada bekas exco dan ahli exco yang baru. Ia juga menjalankan watikah perlantikan pengerusi persatuan yang baru. Masa tu pengerusi yang baru dilantik ialah Khudri Adha. Dalam program tersebut, saya ditugaskan untuk menjadi exco PDI..Masa tu kali pertama saya menjalankan tugas sebagai exco KASIH. Saya dapat bergaul dan bekerjasama dengan senior masa program tu berlangsung. Ia dapat merapatkan ukhwah antara kami semua.



 Berdiri tegak semua..hehehe
 Negaraku..Tanah tumpahnya darahku...Nyanyi jangan x nyanyi..




yea...yea..dapat sijil

Selain itu, kami juga mendapat tawaran untuk menjadi fasilitator bagi mengendalikan program yang dijalankan oleh pensyarah bagi kursus pembimbing rakan siswa kepada pelajar-pelajar diploma yang mengambil kursus tersebut. Kami ditugaskan untuk menjaga check point dan setiap check point tersebut perlu ada modul yang perlu dibuat oleh pelajar-pelajar yang terlibat dengan program tersebut. Program ini berlangsung pada hari sabtu bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang.Hasil daripada program yang kami sertai ini, kami mendapat peluang untuk mengendalikan modul kepada pelajar-pelajar diploma dan dapat bergaul dengan mereka. 


 Barisan fasilitator sem 5 dan pensyarah yang terlibat.
 Senyum..

Pelajar-pelajar diploma yang terlibat

Di samping itu, kami juga mendapat tawaran untuk menjadi fasilitator bagi kursus pembimbing rakan siswa bagi pelajar ijazah sarjana muda. kami hanya membantu dalam mengendalikan modul yang dijalankan yang memerlukan tenaga kerja yang ramai. Kat sini pun leh asah kemahiran dan dapatkan ilmu yang lebih. Takpe la penat pun..janji dapat ilmu dan pengalaman...

rakan-rakan seperjuangan..counselor to be

No comments:

Post a Comment