Friday 9 November 2012

PONDOK REMAJA INABAH II


Pondok Remaja Inabah II terletak di Kuala Terengganu. Program ini kami jalankan semasa berada di semester 4 dan program ini dijalankan bagi memenuhi jam kredit bagi kursus Kaunseling Penyalahgunaan Dadah. Tidak dinafikan memang jauh perjalanan dari Tanjung Malim ke Kuala Terengganu. Huhhh sakit pinggang den. Tapi apa-apa pun memang seronok dapat pergi ke sana. Sambil buat program sempat lagi pergi melancong. 

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk bertemu dengan orang yang sedang berada dalam proses pemulihan atas penyalahgunaan dadah. Di sini kami berpeluang bertemu ramah dengan bekas penagih yang sedang berada dalam proses pemulihan. Hasil daripada lawatan dan temu ramah tersebut, kami dapat mengetahui bagaimana kehidupan seorang penagih dan didedahkan dengan cara-cara bagi mengatasi masalah ketagihan dadah.

*Di sini adalah sedikit pengetahuan yang telah kami dapat di pondok inabah tersebut.

Pusat remaja Inabah ditubuhkan sejak tahun 1980-an. Pada mulanya pusat ini ditubuhkan hanyalah untuk membantu pesakit secara personal kemudiannya bilangan penagih yang ingin mendapatkan perkhidmatan daripada pusat ini bertambah lalu pada penghujung tahun 1980, pusat ini tertubuh secara rasminya. Pusat ini menggunakan nama remajan kerana mereka menganalogikan ramaja ini dari segi ilmu dan amal dan bukanlah umur. Manakala inabah pula bermaksud  kembali iaitu kembali kepada pangkuan tuhanmu atau kembali semula ke pangkal jalan.Pusat ini mengamalkan pendekatan yang dibawa masuk daripada Pasentran Suryalaya daripada Indonesia. Individu yang bertanggungjawab membawa masuk pendekatan ini di Terengganu ini ialah
Pusat pemulihan dadah Inabah ini menjalankan pendekatan rohaniah dan agama secara keseluruhannnya. Pondok pemulihan ini bukan sahaja menjalankan aktiviti tarikat sebagaimana yang kita dengar atau lihat dengan merawat jiwa, menanam keinsafan, mendekatkan diri kepada tuhan sahaja, bahkan ianya meliputi rawatan dan pemulihan bagi mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dengan menggunakan kaedah Zikir Tarikat.
 Pada mulanya pusat ini ada menyediakan kemahiran untuk ahlinya seperti menyediakan kilang mengecop batik, kilang membuat keropok lekor, kilang membuat batu blok dan banyak lagi kemahiran yang disediakan. Namun demikian, pihak pengurusan menghentikan segala kerja-kerja kemahiran ini kerana beranggapan bahawa kerja-kerja kemahiran ini menyekat rutin mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, pusat ini hanya menerima penagih daripada jantina lelaki kerana pihak pengurusan pusat ini tidak mempunyai kakitangan wanita untuk menguruskan penagih wanita. Selain itu, pihak ini menerima penagih sejak peringkat awal remaja hinggalah ke peringkat warga emas. Namun demikian, pusat ini menerima penagih selagi penagih tersebut tidak membebankan mereka dan hanya menerima pesakit HIV Carrier sahaja.
Di dalam pusat pemulihan dadah ini, penagih yang masuk ke dalam pusat ini dipanggil anak bina oleh pihak pengurusan. Tambahan lagi, kebanyakan penagih yang datang ke pusat ini adalah secara sukarela ataupun dirujuk oleh ahli keluarga. Namun demikian, ada juga penagih yang tinggal di pusat pemulihan ini merupakan penagih yang terlibat dengan kes polis. Ketika awal kemasukan anak bina ke dalam pusat ini, mereka akan dikurung di sebuah bilik berasingan selama 7 hari tanpa keluar untuk mengatasi masalah ketagihan yang dihadapi. Tambahan lagi, ahli keluarga dibenarkan melawat anak bina pada waktu pejabat termasuk hari Sabtu dan Ahad namun pada waktu malam tidak dibenarkan sama sekali setelah 14 hari tempoh pemulihan sejak awal kemasukan.
Terdapat lima method atau kaedah yang digunakan dalam rawatan ini. Pendekatan pertama ialah mandi taubat atau hidroterapi. Mandi taubat ini dilakukan seawal pukul 5 pagi atau sebelum subuh selama 40 hari berturut-turut tanpa henti. Sekiranya terhenti, mandi taubat tersebut akan bermula dengan kosong kembali. Syarat mandi taubat ini ialah 40 gayong air dengan 40 kali bacaan doa ayat Al-Mukminun ayat 29. Sebab mandi taubat ini dibuat kerana secara biologinya, apabila seseorang itu memasukkan terlalu banyak bahan kimia di dalam tubuhnya akan mematikan rerambut sel yang terdapat di dalam badan seterusnya menyebabkan  tahap fizikal dan mental menjadi lemah. Oleh hal yang demikian, mandi taubat ini dibuat bertujuan untuk menyuburkan kembali rerambut sel tersebut dengan lebih cepat sekaligus meningkatkan kembali kekuatan fizikal dan mental penagih ini.
Pendekatan kedua yang digunakan oleh pusat ini ialah solat. Di dalam pusat ini, selain menekankan solat wajib iaitu solat 5 waktu, pusat ini juga menekankan 4 solat sunat iaitu solat sunat Qiammulail  iaitu solat sunat Taubat, solat sunat Tasbih, solat sunat Tahajud dan solat sunat hajat, solat sunat Dhuha, solat sunat Ba’diah maghrib dan solat sunat Mutlak.
Pendekatan ketiga yang diamalkan oleh pusat pemulihan ini ialah zikir. Zikir yang diamalkan di pusat ini ialah tarikat Qadiriyyah dan juga tarikat Naqsyabandiyyah yang merupakan tarikat yang dikenali penggunaannya. Selain itu,penggunaan tarikat ini digunakan secara meluas di Malaysia. Pihak pemulihan ini beranggapan selain solat, zikir juga merupakan salah satu makanan jiwa yang perlu ditekankan penggunaannya sejak kecil oleh ibu bapa dan dapat mengubati hati.
Pendekatan keempat di institusi ini ialah majlis ilmu. Selain daripada itu, anak bina di institusi ini juga diberikan ceramah-ceramah agama dan kuliah daripada tenaga pengajar daripada dalam dan luar institusi ini seperti pensyarah daripada Unisza dan juga daripada Agensi Anti-dadah Kebangsaan atau AAdK.
Pendekatan terakhir yang digunakan oleh pusat Inabah ini melalui hikmat bakti atau aktiviti sosial. Di pusat ini, anak bina akan diberikan masa untuk melakukan aktiviti riadah pada waktu petang seperti bermain bola sepak dan badminton. Selain itu, anak bina ini juga akan bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran pusat ini dan juga menerima jemputan daripada pihak luar untuk membersihkan surau atau masjid, membersihkan tanah perkuburan dan pelbagai lagi aktiviti kemasyarakatan yang lain. Tambahan lagi, pihak Inabah juga menerima jemputan daripada pihak AAdK untuk memberikan ceramah dan sebagainya.
Yuran yang dikenakan oleh Pondok Remaja Inabah ialah sebanyak RM 850.00 ketika awal kemasukan ke pusat ini. Kemudiannya, anak bina perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM500.00 selain RM 100.00 untuk yuran koperasi, RM150.00 untuk duit belanja anak bina tersebut dan juga RM50.00 untuk lain-lain perbelanjaan. Pada dasarnya, yuran yang dikenakan agak mahal namun pihak pentadbiran terpaksa mengenakan yuran ini kerana pusat ini tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak untuk menguruskan aktiviti di pusat pemulihan tersebut.













SEMINAR PENYALAHGUNAAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Program terakhir yang kami jalani di bawah kursus ini pada semester 4 ialah melibatkan diri dengan seminar penyalahgunaan peringkat kebangsaan yang  bertempat di USIM. Seminar ini dijalankan selama  2 hari 1 malam. Sempat la jugak merasa duduk di kolej USIM.hehehe..Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penyalahgunaan dadah dan kesan-kesannya. Banyak badan-badan kerajaan dan swasta yang bekerjasama dalam mengendalikan seminar ini. Ia disertai oleh kaunselor-kaunselor, pelajar universiti dan pelajar sekolah dan wakil daripada badan-badan swasta yang terlibat bagi pemulihan penyalahgunaan dadah. Dalam seminar ini juga, terdapat pertandingan yang dijalankan. Pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan melukis poster bagi pelajar-pelajar sekolah dan pertandingan inovasi iaitu membuat modul bagi pelajar universiti. UPSI telah menghantar dua kumpulan bagi menyertai pertandingan itu. Alhamdulillah UPSI telah mendapat tempat pertama dan tempat kedua dalam pertandingan tersebut. ia sesuatu yang membanggakan. Dalam pertandingan tersebut, markah diambil kira dengan melihat inovasi yang dilakukan bagi setiap kumpulan. Ia mahukan sesuatu pembaharuan. 

Dalam uasaha untuk membuat modul tersebut, kami bersama-sama bekerjasama dalam pembikinan video tentang kehidupan penagih dan kesannya. Video ini dilakonkan sendiri dan menjadi salah satu produk baru dalam modul tersebut. Video ini adalah sampingan bagi modul yang dijalankan. Mari sama-sama kita saksikan bakat-bakat yang terpendam yang ada dalam diri pelajar B&K semester 5, UPSI.hehehehehe


No comments:

Post a Comment