Saturday 17 November 2012

Faktor-faktor yang mempengaruhi personality


PEMBENTUKAN PERSONALITI REMAJA
Pengenalan
Mengikut Allport personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan dengan system
psikofizikal dalam diri individu yang akan  menentukan penyesuaian tertentu ke atas
persekitaran.
Organisasi dinamik ( Dynamik Organisation ) bermaksud integrasi serta hubungan di
antara pelbagai aspek personaliti. Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan
berkembang dan bukan sesuatu yang statistik.
‘Sistem psikofizikal’ ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi,
sentimen dan motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas fizikal di dalam
urat saraf, kelenjar dan keadaan tubuh badan am. Sistem ini bukan terhasil daripada baka.
Walaupun sistem ini bukan terhasil daripada baka, system ini telah terbentuk dengan cara
pembelajaran akibat pengalaman seseorang  kanak-kanak. Sistem psikofizikal adalah
kuasa penggerak yang menentukan penyesuaian jenis apakah yang dibuat oleh seseorang
kanak-kanak.



1) Baka
Minat terhadap faktor baka sebagai satu faktor yang mempengaruhi personaliti
telah tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang manakah yang diwarisi dan trait yang
mana pula yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor-faktor genetik
menghasilkan pembawaan atau potensi  untuk perkembangan dan bukan menghasilkan
trait-trait badan dan tingkahlaku secara langsung. Dipercayai bahawa baka meletakkan
had-had yang tidak dapat dilintasi  untuk perkembangan seterusnya walaupun
persekitaran yang diberi sangat baik. Kita tidak mengetahui dan tidak ada cara untukmengetahui apakah had-had tersebut. Sebagai contoh , ujian kecerdasan tidak dapat
mengesan potensi yang diwarisi. Ujian  itu hanya menunjukkan taraf perkembangan
potensi tersebut pada masa ujian diambil.
        Peranan baka di dalam aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-beza. Pengaruh
baka adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan dengan intelek. Begitu juga
personaliti sosial tidak begitu terhad oleh baka dan sangat dipengaruhi oleh persekitaran.
2) Bentuk Tubuh Badan
        Bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti secara langsung dan tidak langsung.
Secara langsung, bentuk tubuh badan menentukan perkara-perkara yang dapat dibuat dan
tidak dapat dibuat oleh kanak-kanak. Perkara ini sangat penting di semua peringkat umur
khususnya apabila  aktiviti fizikal membawa nilai prestij yang tinggi untuk kumpulan
sebaya. Kanak-kanak yang kecil dan berbadan lemah ataupun terlalu gemuk akan merasa
terhalang di dalam berbagai-bagai permainan dan sukan.
     Secara tidak langsung pula, bentuk  tubuh badan mempengaruhi personaliti dengan
cara menentukan perasaan kanak-kanak tentang tubuh badannya. Seterusnya, perasaan ini
akan dipengaruhi juga oleh perasaan orang-orang disekelilingnya. Ada bukti yang
menunjukkan sikap masyarakat dan kebudayaan terhadap bentuk tubuh badan tertentu
adalah bertanggungjawab untuk menghasilkan pola-pola persoaliti bagi individu yang
mempunyai bentuk tubuh badan yang tertentu. 
          Jika seseorang kanak-kanak itu ada kumpulan sebayanya yang lebih kurang sama
tinggi dan sama berat tubuh badan, maka konsep kendiri kanak-kanak tidak terjejas. Jika
bentuk tubuh badanya berbeza ia akan mempengaruhi personalitinya. Kanak-kanak yang
gemuk akan merasa kesedaran kendiri, takut dan malu, lembab dan tidak dapat
memegang status yang tinggi di kalangan  rakan sebayanya. Ia akan bertambah
bergantung kepada ibunya, dan akan membentuk personaliti yang tidak matang bagi
tahap umurnya.
3) Keadaan Fizikal
        Perubahan-perubahan keadaan fizikal seseorang kanak-kanak akan membawa
perubahan tingkahlaku yang mungkin tidak kekal atau kekal, sedikit atau banyak. Seseorang kanak-kanak akan merasa mudah marah dan bertingkahlaku berbeza jika
dibandingkan dengan semasa  sudah berehat. Keadaan-keadaan fizikal seperti ini yang
mengganggu imbangan tubuh badan yang akan menjejaskan penyesuaian kanak-kanak
tersebut.
        Kesihatan akan mempengaruhi personalitinya. Sikap keluarga dan kumpulan sosial
kanak-kanak biasanya adalah lebih baik bagi kanak-kanak yang sihat jika dibandingkan
dengan kanak-kanak yang kurang sihat. Ini akan mempengaruhi tingkahlaku.
        Kanak-kanak yang kurang bertenaga kerana sakit teruk akan bertingkahlaku malu,
pendiam, mudah marah,murung dan tidak bersosial. Mereka yang menghidap penyakit
yang merimaskan seperti ekszima (sejenis penyakit kulit) akan bertindak melampau dan
mudah meradang. Personaliti kanak-kanak ini bertambah baik apabila penyakit ini sudah
terkawal.
        Kesan kecacatan fizikal terhadap personaliti, bergantung kepada setakat mana
kanak-kanak itu sedar bahawa ia berbeza. Sebagai contoh, kanak-kanak yang pekak atau
buta akan membentuk personaliti kekakuan apabila mereka bersama-sama dengan kanakkanak yang tidak pekak atau tidak buta.
4) Kecerdasan
        Kecerdasan telah dibekalkan kepada kanak-kanak agar berkeupayaan menyesuaikan 
diri untuk hidup, untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah penyesuaiannya.
Kecerdasan yang sederhana membolehkan kanak-kanak menyesuaikan dirinya dengan
agak berjaya jika keadaan lain adalah baik. Namun begitu kecerdasan yang sangat rendah
atau sangat tinggi akan menjejaskan penyesuaian sosial. Kanak-kanak yang terlalu pandai
atau terlalu bodoh biasanya terosak sedikit daripada segi psikologi kerana ia membentuk
konsep kendiri yang menentang penyesuaian yang sempurna. Seterusnya ia akan
membentuk corak-corak tingkahlaku yang dianggap rendah bagi standard sosial yang
diperlukan untuk umurnya. Seterusnya lagi kesedaran bahawa tingkahlaku tidak diterima
daripada segi sosial akan merendahkan konsep kendirinya lagi yang akan mengakibatkan
tingkahlaku sosial yang kurang baik.
        Kanak-kanak kecil tidak sedar dan tidak mengetahui tahap kecerdasan mereka,
kecuali apabila mereka terpisah jauh daripada norma atau yang biasa bagi umurnya. Dengan kata lain, kanak-kanak yang sangat pandai tidak mengetahui dan tidak menyedari
yang ia sangat pandai. Begitu juga kanak-kanak yang lembap tidak mengetahui
kelembapan mereka itu. Kanak-kanak yang sederhana kecerdasan tidak mengendahkan
perkara ini.Di sekolah mereka mempunyai kayu pengukur untuk membandingkan
keupayaan kecerdasan mereka. Mereka  mengukur tahap perkembangan kecerdasan
mereka berdasarkan penyesuaian mereka terhadap kerja sekolah.
        Perasaan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang berlainan adalah
dipengaruhi oleh sikap sosial khususnya  sikap ibu bapa, guru dan ahli-ahli kumpulan
sebayanya. Kanak-kanak yang sederhana kecerdasan akan merasa kurang senang apabila
bersama dengan kanak-kanak yang sangat cerdas kerana mereka berasa bebal jika
dibandingkan dengan kawannya yang cerdas. Kebanyakan daripada masalah personaliti
kanak-kanak yang sangat cerdas adalah disebabkan oleh pemencilan psikologi. Apabila
mereka berpeluang bercampur dengan kanak-kanak yang sama cerdas, masalah
personaliti mereka akan berkurang atau tersingkir. Kanak-kanak yang mempunyai
kecerdasan yang sangat rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seumur
dengannya di sekolah atau di tempat tinggalnya akan merasa dirinya tersingkir umpama
orang luar. Minatnya pun berlainan jika dibandingkan dengan mereka, lantas
memencilkan dirinya. Jika kumpulan sebayanya sangat cerdas, maka kanak-kanak tadi
akan merasa tidak popular dan lebih terpencil.   
5) Emosi
        Emosi akan menyebabkan keadaan tidak seimbang daripada segi fizikal dan akan
menjejaskan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Tindakbalas seseorang kanak-kanak
terhadap sesuatu rangsangan akan menimbulkan sesuatu emosi dan bergantung kepada
pengalamannya yang lalu. Emosi tersebut akan mempengaruhi cara-cara penyesuaian
dirinya. Setengah-tengah kanak-kanak telah  belajar menyatakan emosi mereka sertamerta dan ada pula yang belajar menghalang dan menyekat emosi mereka tetapi akan
mengeluarkan perasaan geram itu pada suatu masa yang lebih sesuai.
       Apabila seseorang kanak-kanak itu meluapkan perasaannya, ia sering dikatakan
sebagai tidak matang oleh orang lain. Sebaliknya jika emosi geramnya itu dipendam ia
akan merasa murung dan ini akan menyebabkannya menjadi biadab, lekas marah, bengis, tidak mahu bekerjasama dan merenung tentang  dirinya sendiri.Emosi yang tinggi akan
menyebabkan kanak-kanak itu merasa gelisah, gentar dan kurang senang.
        Emosi dominan yang dialami oleh kanak-kanak biasannya lebih mempengaruhi
personaliti kanak-kanak jika dibandingkan dengan emosi ketegangan yang menyeluruh.
Persekitaran pula sering menggalakkan pola-pola emosi yang tidak baik. Sebagai contoh
perasaan risau atau susah hati yang terlalu banyak dan selalu akan melemahkan
keyakinan kendirinya. Orang dewasa pula akan menilai tingkahlaku kanak-kanak  dengan
cara yang positif apabila kanak-kanak tersebut menyekat atau mengawal perasaannya
yang meluap.  
6) Pengalaman awal Kanak-kanak.
        Pengalaman ketiga kanak-kanak dan ingatan tentang pengalaman ini meninggalkan
kesan-kesan terhadap personaliti individu yang kekal.Kekurangan kemesraan ibu
ataupenjaga ketika awal kanak-kanak serta deprivasi emosi akan mempengaruhi
perkembangan personaliti kanak-kanak.Jika deprivasi ini tidak lama kesannya tidak
begitu banyak atau kekal. Kajian menunjukkan bahawa tindak balas , sikap dan emosi ibu
di dalam keseluruhan konteks kebudayaan di dala persekitaran kanak-kanak dan faktorfaktor lain di dalam pengalaman kanak-kanak penting dalam menentukan pola-pola
personalitinya. Sikap ibu yang menyebabkan kanak-kanak merasa bimbang dan bersalah
khususnya ketika membuang air kecil atau besar, pasti akan menjejaskan personalitinya.
7) Pengaruh Keluarga
        Kehidupan kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapanya. Keluarga yang sering
bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak,
bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi dan
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.
        Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi
keperluan kanak-kanak akan meningkatkan  penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak
kanak yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi
ego yang lebih tinggi, ketabahan dan  ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih
sayang dan minat terhadap kana-kanak itu sebagai seorang individu.
8) Pengaruh Kebudayaan
       Di dalam setiap  kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola personaliti
yang sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola
personaliti yang diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak
kecil lagi ibu bapa melatih anak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka
dengan itu, cara kanak-kanak dididik ketika  membesar merupakan pengaruh terbesar
terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya.
9) Pengaruh Kawan
        Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung
oleh kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu
mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.
Kanak-kanak yang kadang-kadang memegang kedudukn pimpinan di dalam pimpinannya
akan mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak
disukai oleh kawan-kawannya akan merasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah
terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.
10) Pengaruh Sekolah
        Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak.
Secara langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanakkanak itu sendiri dengan cara-cara guru membetulkan tingkahlakunya. Mereka mula
melihat diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’,
‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’. Guru mempengaruhi
penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak.
        Pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang
bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja
sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan
memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir.         Sejauhmana guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada
jumlah interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat
mempengaruhi personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan
serba kekurangan , tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang
mendapat gred yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah
dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menetukan
sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau sebagai
gagal, bodoh dan tidak berguna.         
11) Pengaruh Sosio-Budaya Keatas Kanak-Kanak
Kanak-kanak tidak berkembang di dalam sebuah vakum.  Perkembangan kanak-kanak
dipengaruhi oleh perhubungan sosial di dalam keluarga, kejiranan, komuniti, negara dan
dunia tempat mereka tinggal dan dibesarkan.  Dalam konteks ini, perkembangan kanakkanak dipengaruhi oleh ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan, rakan
sebaya, orang dewasa yang ada hubungan dengan mereka, sekolah, rumah-rumah ibadah
dan kumpulan atau pertubuhan dimana mereka adalah sebahagian daripadanya.  Pola
pengaruh sosial keatas kanak-kanak seperti yang dimaksudkan di atas telah digambarkan
oleh Bronfenbrenner (1979, 1987) di dalam model “ecological” seperti yang dipetik oleh
Rice (2000) 

No comments:

Post a Comment