Saturday 17 November 2012

Faktor-faktor yang mempengaruhi personality


PEMBENTUKAN PERSONALITI REMAJA
Pengenalan
Mengikut Allport personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan dengan system
psikofizikal dalam diri individu yang akan  menentukan penyesuaian tertentu ke atas
persekitaran.
Organisasi dinamik ( Dynamik Organisation ) bermaksud integrasi serta hubungan di
antara pelbagai aspek personaliti. Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan
berkembang dan bukan sesuatu yang statistik.
‘Sistem psikofizikal’ ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi,
sentimen dan motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas fizikal di dalam
urat saraf, kelenjar dan keadaan tubuh badan am. Sistem ini bukan terhasil daripada baka.
Walaupun sistem ini bukan terhasil daripada baka, system ini telah terbentuk dengan cara
pembelajaran akibat pengalaman seseorang  kanak-kanak. Sistem psikofizikal adalah
kuasa penggerak yang menentukan penyesuaian jenis apakah yang dibuat oleh seseorang
kanak-kanak.



1) Baka
Minat terhadap faktor baka sebagai satu faktor yang mempengaruhi personaliti
telah tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang manakah yang diwarisi dan trait yang
mana pula yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor-faktor genetik
menghasilkan pembawaan atau potensi  untuk perkembangan dan bukan menghasilkan
trait-trait badan dan tingkahlaku secara langsung. Dipercayai bahawa baka meletakkan
had-had yang tidak dapat dilintasi  untuk perkembangan seterusnya walaupun
persekitaran yang diberi sangat baik. Kita tidak mengetahui dan tidak ada cara untukmengetahui apakah had-had tersebut. Sebagai contoh , ujian kecerdasan tidak dapat
mengesan potensi yang diwarisi. Ujian  itu hanya menunjukkan taraf perkembangan
potensi tersebut pada masa ujian diambil.
        Peranan baka di dalam aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-beza. Pengaruh
baka adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan dengan intelek. Begitu juga
personaliti sosial tidak begitu terhad oleh baka dan sangat dipengaruhi oleh persekitaran.
2) Bentuk Tubuh Badan
        Bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti secara langsung dan tidak langsung.
Secara langsung, bentuk tubuh badan menentukan perkara-perkara yang dapat dibuat dan
tidak dapat dibuat oleh kanak-kanak. Perkara ini sangat penting di semua peringkat umur
khususnya apabila  aktiviti fizikal membawa nilai prestij yang tinggi untuk kumpulan
sebaya. Kanak-kanak yang kecil dan berbadan lemah ataupun terlalu gemuk akan merasa
terhalang di dalam berbagai-bagai permainan dan sukan.
     Secara tidak langsung pula, bentuk  tubuh badan mempengaruhi personaliti dengan
cara menentukan perasaan kanak-kanak tentang tubuh badannya. Seterusnya, perasaan ini
akan dipengaruhi juga oleh perasaan orang-orang disekelilingnya. Ada bukti yang
menunjukkan sikap masyarakat dan kebudayaan terhadap bentuk tubuh badan tertentu
adalah bertanggungjawab untuk menghasilkan pola-pola persoaliti bagi individu yang
mempunyai bentuk tubuh badan yang tertentu. 
          Jika seseorang kanak-kanak itu ada kumpulan sebayanya yang lebih kurang sama
tinggi dan sama berat tubuh badan, maka konsep kendiri kanak-kanak tidak terjejas. Jika
bentuk tubuh badanya berbeza ia akan mempengaruhi personalitinya. Kanak-kanak yang
gemuk akan merasa kesedaran kendiri, takut dan malu, lembab dan tidak dapat
memegang status yang tinggi di kalangan  rakan sebayanya. Ia akan bertambah
bergantung kepada ibunya, dan akan membentuk personaliti yang tidak matang bagi
tahap umurnya.
3) Keadaan Fizikal
        Perubahan-perubahan keadaan fizikal seseorang kanak-kanak akan membawa
perubahan tingkahlaku yang mungkin tidak kekal atau kekal, sedikit atau banyak. Seseorang kanak-kanak akan merasa mudah marah dan bertingkahlaku berbeza jika
dibandingkan dengan semasa  sudah berehat. Keadaan-keadaan fizikal seperti ini yang
mengganggu imbangan tubuh badan yang akan menjejaskan penyesuaian kanak-kanak
tersebut.
        Kesihatan akan mempengaruhi personalitinya. Sikap keluarga dan kumpulan sosial
kanak-kanak biasanya adalah lebih baik bagi kanak-kanak yang sihat jika dibandingkan
dengan kanak-kanak yang kurang sihat. Ini akan mempengaruhi tingkahlaku.
        Kanak-kanak yang kurang bertenaga kerana sakit teruk akan bertingkahlaku malu,
pendiam, mudah marah,murung dan tidak bersosial. Mereka yang menghidap penyakit
yang merimaskan seperti ekszima (sejenis penyakit kulit) akan bertindak melampau dan
mudah meradang. Personaliti kanak-kanak ini bertambah baik apabila penyakit ini sudah
terkawal.
        Kesan kecacatan fizikal terhadap personaliti, bergantung kepada setakat mana
kanak-kanak itu sedar bahawa ia berbeza. Sebagai contoh, kanak-kanak yang pekak atau
buta akan membentuk personaliti kekakuan apabila mereka bersama-sama dengan kanakkanak yang tidak pekak atau tidak buta.
4) Kecerdasan
        Kecerdasan telah dibekalkan kepada kanak-kanak agar berkeupayaan menyesuaikan 
diri untuk hidup, untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah penyesuaiannya.
Kecerdasan yang sederhana membolehkan kanak-kanak menyesuaikan dirinya dengan
agak berjaya jika keadaan lain adalah baik. Namun begitu kecerdasan yang sangat rendah
atau sangat tinggi akan menjejaskan penyesuaian sosial. Kanak-kanak yang terlalu pandai
atau terlalu bodoh biasanya terosak sedikit daripada segi psikologi kerana ia membentuk
konsep kendiri yang menentang penyesuaian yang sempurna. Seterusnya ia akan
membentuk corak-corak tingkahlaku yang dianggap rendah bagi standard sosial yang
diperlukan untuk umurnya. Seterusnya lagi kesedaran bahawa tingkahlaku tidak diterima
daripada segi sosial akan merendahkan konsep kendirinya lagi yang akan mengakibatkan
tingkahlaku sosial yang kurang baik.
        Kanak-kanak kecil tidak sedar dan tidak mengetahui tahap kecerdasan mereka,
kecuali apabila mereka terpisah jauh daripada norma atau yang biasa bagi umurnya. Dengan kata lain, kanak-kanak yang sangat pandai tidak mengetahui dan tidak menyedari
yang ia sangat pandai. Begitu juga kanak-kanak yang lembap tidak mengetahui
kelembapan mereka itu. Kanak-kanak yang sederhana kecerdasan tidak mengendahkan
perkara ini.Di sekolah mereka mempunyai kayu pengukur untuk membandingkan
keupayaan kecerdasan mereka. Mereka  mengukur tahap perkembangan kecerdasan
mereka berdasarkan penyesuaian mereka terhadap kerja sekolah.
        Perasaan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang berlainan adalah
dipengaruhi oleh sikap sosial khususnya  sikap ibu bapa, guru dan ahli-ahli kumpulan
sebayanya. Kanak-kanak yang sederhana kecerdasan akan merasa kurang senang apabila
bersama dengan kanak-kanak yang sangat cerdas kerana mereka berasa bebal jika
dibandingkan dengan kawannya yang cerdas. Kebanyakan daripada masalah personaliti
kanak-kanak yang sangat cerdas adalah disebabkan oleh pemencilan psikologi. Apabila
mereka berpeluang bercampur dengan kanak-kanak yang sama cerdas, masalah
personaliti mereka akan berkurang atau tersingkir. Kanak-kanak yang mempunyai
kecerdasan yang sangat rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seumur
dengannya di sekolah atau di tempat tinggalnya akan merasa dirinya tersingkir umpama
orang luar. Minatnya pun berlainan jika dibandingkan dengan mereka, lantas
memencilkan dirinya. Jika kumpulan sebayanya sangat cerdas, maka kanak-kanak tadi
akan merasa tidak popular dan lebih terpencil.   
5) Emosi
        Emosi akan menyebabkan keadaan tidak seimbang daripada segi fizikal dan akan
menjejaskan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Tindakbalas seseorang kanak-kanak
terhadap sesuatu rangsangan akan menimbulkan sesuatu emosi dan bergantung kepada
pengalamannya yang lalu. Emosi tersebut akan mempengaruhi cara-cara penyesuaian
dirinya. Setengah-tengah kanak-kanak telah  belajar menyatakan emosi mereka sertamerta dan ada pula yang belajar menghalang dan menyekat emosi mereka tetapi akan
mengeluarkan perasaan geram itu pada suatu masa yang lebih sesuai.
       Apabila seseorang kanak-kanak itu meluapkan perasaannya, ia sering dikatakan
sebagai tidak matang oleh orang lain. Sebaliknya jika emosi geramnya itu dipendam ia
akan merasa murung dan ini akan menyebabkannya menjadi biadab, lekas marah, bengis, tidak mahu bekerjasama dan merenung tentang  dirinya sendiri.Emosi yang tinggi akan
menyebabkan kanak-kanak itu merasa gelisah, gentar dan kurang senang.
        Emosi dominan yang dialami oleh kanak-kanak biasannya lebih mempengaruhi
personaliti kanak-kanak jika dibandingkan dengan emosi ketegangan yang menyeluruh.
Persekitaran pula sering menggalakkan pola-pola emosi yang tidak baik. Sebagai contoh
perasaan risau atau susah hati yang terlalu banyak dan selalu akan melemahkan
keyakinan kendirinya. Orang dewasa pula akan menilai tingkahlaku kanak-kanak  dengan
cara yang positif apabila kanak-kanak tersebut menyekat atau mengawal perasaannya
yang meluap.  
6) Pengalaman awal Kanak-kanak.
        Pengalaman ketiga kanak-kanak dan ingatan tentang pengalaman ini meninggalkan
kesan-kesan terhadap personaliti individu yang kekal.Kekurangan kemesraan ibu
ataupenjaga ketika awal kanak-kanak serta deprivasi emosi akan mempengaruhi
perkembangan personaliti kanak-kanak.Jika deprivasi ini tidak lama kesannya tidak
begitu banyak atau kekal. Kajian menunjukkan bahawa tindak balas , sikap dan emosi ibu
di dalam keseluruhan konteks kebudayaan di dala persekitaran kanak-kanak dan faktorfaktor lain di dalam pengalaman kanak-kanak penting dalam menentukan pola-pola
personalitinya. Sikap ibu yang menyebabkan kanak-kanak merasa bimbang dan bersalah
khususnya ketika membuang air kecil atau besar, pasti akan menjejaskan personalitinya.
7) Pengaruh Keluarga
        Kehidupan kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapanya. Keluarga yang sering
bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak,
bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi dan
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.
        Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi
keperluan kanak-kanak akan meningkatkan  penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak
kanak yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi
ego yang lebih tinggi, ketabahan dan  ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih
sayang dan minat terhadap kana-kanak itu sebagai seorang individu.
8) Pengaruh Kebudayaan
       Di dalam setiap  kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola personaliti
yang sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola
personaliti yang diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak
kecil lagi ibu bapa melatih anak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka
dengan itu, cara kanak-kanak dididik ketika  membesar merupakan pengaruh terbesar
terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya.
9) Pengaruh Kawan
        Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung
oleh kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu
mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.
Kanak-kanak yang kadang-kadang memegang kedudukn pimpinan di dalam pimpinannya
akan mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak
disukai oleh kawan-kawannya akan merasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah
terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.
10) Pengaruh Sekolah
        Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak.
Secara langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanakkanak itu sendiri dengan cara-cara guru membetulkan tingkahlakunya. Mereka mula
melihat diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’,
‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’. Guru mempengaruhi
penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak.
        Pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang
bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja
sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan
memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir.         Sejauhmana guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada
jumlah interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat
mempengaruhi personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan
serba kekurangan , tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang
mendapat gred yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah
dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menetukan
sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau sebagai
gagal, bodoh dan tidak berguna.         
11) Pengaruh Sosio-Budaya Keatas Kanak-Kanak
Kanak-kanak tidak berkembang di dalam sebuah vakum.  Perkembangan kanak-kanak
dipengaruhi oleh perhubungan sosial di dalam keluarga, kejiranan, komuniti, negara dan
dunia tempat mereka tinggal dan dibesarkan.  Dalam konteks ini, perkembangan kanakkanak dipengaruhi oleh ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan, rakan
sebaya, orang dewasa yang ada hubungan dengan mereka, sekolah, rumah-rumah ibadah
dan kumpulan atau pertubuhan dimana mereka adalah sebahagian daripadanya.  Pola
pengaruh sosial keatas kanak-kanak seperti yang dimaksudkan di atas telah digambarkan
oleh Bronfenbrenner (1979, 1987) di dalam model “ecological” seperti yang dipetik oleh
Rice (2000) 

Friday 16 November 2012

Kisah Bunga Mawar dan Pohon Bambu



Di sebuah taman, terdapat taman bunga mawar yang sedang berbunga. Mawar-mawar itu mengeluarkan aroma yang sangat harum. Dengan warna-warni yangcantik, banyak orang yang berhenti untuk memuji sang mawar. Tidak sedikit pengunjung taman meluangkan waktu untuk berfoto di depan atau di samping taman mawar. Bunga mawar memang memiliki daya tarik yang menawan, semua orang suka mawar, itulah salah satu lambang cinta.
Sementara itu, di sisi lain taman, ada sekelompok pohon bambu yang tampak membosankan. Dari hari ke hari, bentuk pohon bambu yang begitu saja, tidak ada bunga yang mekar atau aroma wangi yang disukai banyak orang. Tidak ada orang yang memuji pohon bambu. Tidak ada orang yang mau berfoto di samping pohon bambu. Maka tak heran jika pohon bambu selalu cemburu saat melihat taman mawar dikerumuni banyak orang.
“Hai bunga mawar,” ujar sang bambu pada suatu hari. “Tahukah kau, aku selalu ingin sepertimu. Berbunga dengan indah, memiliki aroma yang harum, selalu dipuji cantik dan menjadi saksi cinta manusia yang indah,” lanjut sang bambu dengan nada sedih.
Mawar yang mendengar hal itu tersenyum, “Terima kasih atas pujian dan kejujuranmu, bambu,” ujarnya. “Tapi tahukah kau, aku sebenarnya iri denganmu,”
Sang bambu keheranan, dia tidak tahu apa yang membuat mawar iri dengannya. Tidak ada satupun bagian dari bambu yang lebih indah dari mawar. “Aneh sekali, mengapa kau iri denganku?”
“Tentu saja aku iri denganmu. Coba lihat, kau punya batang yang sangat kuat, saat badai datang, kau tetap bertahan, tidak goyah sedikitpun,” ujar sang mawar. “Sedangkan aku dan teman-temanku, kami sangat rapuh, kena angin sedikit saja, kelopak kami akan lepas, hidup kami sangat singkat,” tambah sang mawar dengan nada sedih.
Bambu baru sadar bahwa dia punya kekuatan. Kekuatan yang dia anggap biasa saja ternyata bisa mengagumkan di mata sang mawar. “Tapi mawar, kamu selalu dicari orang. Kamu selalu menjadi hiasan rumah yang cantik, atau menjadi hiasan rambut para gadis,”
Sang mawar kembali tersenyum, “Kamu benar bambu, aku sering dipakai sebagai hiasan dan dicari orang, tapi tahukah kamu, aku akan layu beberapa hari kemudian, tidak seperti kamu,”
Bambu kembali bingung, “Aku tidak mengerti,”
“Ah bambu..” ujar mawar sambil menggeleng, “Kamu tahu, manusia sering menggunakan dirimu sebagai alat untuk mengalirkan air. Kamu sangat berguna bagi tumbuhan yang lain. Dengan air yang mengalir pada tubuhmu, kamu menghidupkan banyak tanaman,” lanjut sang mawar. “Aku jadi heran, dengan manfaat sebesar itu, seharusnya kamu bahagia, bukan iri padaku,”
Bambu mengangguk, dia baru sadar bahwa selama ini, dia telah bermanfaat untuk tanaman lain. Walaupun pujian itu lebih sering ditujukan untuk mawar, sesungguhnya bambu juga memiliki manfaat yang tidak kalah dengan bunga cantik itu. Sejak percakapan dengan mawar, sang bambu tidak lagi merenungi nasibnya, dia senang mengetahui kekuatan dan manfaat yang bisa diberikan untuk makhluk lain.
Daripada menghabiskan tenaga dengan iri pada orang lain, lebih baik bersyukur atas kemampuan diri sendiri, apalagi jika berguna untuk orang lain.

JOM KITA TENGOK APA YANG SESUAI DENGAN DIRI KITA(Ujian inventori INPS)


LAPORAN PEMBENTANGAN INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS)

1.0              PENGENALAN INPS

Pennings (dalam Elizur 1984) menyatakan  bahawa nilai sebagai unsur-unsur penting dalam ruang rujukan seseorang individu. Sementara  itu, nilai mengikut Rosenberg (1953) bermaksud sesuatu yang diminati, diperlukan dan dikehendaki ; keinginan seseorang itu untuk menjadi, merasakan, menyumbang, menikmati atau melakukannya sebagai ibadah.

Menurut Katz, nilai yang dipegang oleh seseorang adalah penentu kepada pemilihan kerjaya (dalam Herr & Cramer 1979). Oleh yang demikian, pengukuran objektif tentang struktur hierarki nilai-nilai tersebut akan memberikan individu data input yang penting  untuk membuat keputusan kerjaya. Biasanya pengukuran ini semata-mata menjelaskan apa yang seseorang itu telah ketahui. Nilai pekerjaan ini kadangkala disalahertikan sebagai minat pekerjaan. Sebenarnya, nilai pekerjaan dan minat pekerjaan adalah terdiri daripada dua domain yang amat berbeza, setiap satunya mengukur pembolehubah yang berbeza (Breme & Cockriel dalam Herr & Cramer 1979).

Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS) adalah inventori yang digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai yang dianggap penting oleh seseorang individu. Inventori Nilai Pekerjaan ini mempunyai format jawapan skala likert iaitu Sangat Suka (SS), Suka (S), Tidak Pasti (TP), Tidak Suka (TS) dan Sangat Tidak Suka (STS). Gerak balas individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan individu.

Alat ukuran INPS dapat mengukur enam kategori nilai pekerjaan iaitu konteks, hubungan, fungsi, ganjaran, cita rasa dan monotoni yang terdiri daripada 21 nilaiI pekerjaan. Ujian  ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I : Deskripsi Pekerjaan dan Bahagian II : Perbandingan Nilai Pekerjaan.

2.0              LATAR BELAKANG INPS

Gelatt (2962) dan Katz (1975) (dalam Zunker 1982) telah mengenal pasti nilai sebagai salah satu daripada komponen yang penting dalm membuat keputusan kerjaya. Zunker (1982) pula menganggap bahawa pengukuran nilai adalah bertindan dengan pengukuran minta dan personaliti. Oleh itu, pemilihan jenis-jenis inventori untuk tujuan perkhidmatan bimbingan dan kerjaya bergantung pada tujuan menggunakan keputusan ujian yang akan diperoleh.

            Menurur Zytowsky (dalam Pietrofesa, Leonard & Giroux 1975), pembentukan beberpa inventori nilai pekerjaan adalah lebih nyata untuk kegunaan kaunseling dan membuat ramalan berbanding tujuan untuk menguji hipotesis yang berkaitan dengan tingkah laku pekerjaan. Beberapa contoh inventori nilai pekerjaan yang biasa digunakan termasuklah Hammond’s Occupational Attitude Rating Scales (OARS), Steffire’s Vocational Values Inventory (VVI), Super’s Work Values Inventory (WVI) dan Minnesota Importance Questionnaire (MIQ).

Alat ukuran INPS mengandungi dua bahagian yang perlu dijawab iaitu bahagian A - Deskripsi Pekerjaan dan bahagian B - Perbandingan Pekerjaan. Bahagian A mengandungi 21 soalan yang memerlukan pengguna menyatakan keinginan terhadap nilai pekerjaan tersebut. Manakala bahagian B mengandungi 21 agen yang mana dalam setiap agen mengandungi 5 nilai pekerjaan yang perlu dibandingkan antara satu sama lain untuk menunjukkan kecenderungan minat pengguna antara lima jenis nilai tersebut.

Inventori ini mengandungi 2 pecahan soalan untuk mengetahui nilai luaran yang mempengaruhi seseorang (bahagian A) dan nilai dalaman yang seseorang miliki (bahagian B). INPS ini dapat mengukur 21 jenis nilai pekerjaan menggunakan skala likert 5 mata, iaitu Sangat Suka, Suka, Tidak Pasti, Tidak Suka dan Sangat Tidak Suka.

21 nilai-nilai pekerjaan yang diukur dalam INPS adalah manusia, data, benda, pembantu, altruisme, pemimpin, autonomi, intelektual, kreatif, kejayaan, organisasi, keuntungan, promosi, masa lapang, pengiktirafan, sokongan, keselamatan, kebudayaan, agama, kepelbagaian dan aktiviti.

3.0              CARA MENTADBIR INPS

Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS) mestilah ditadbirkan di dalam bilik yang selesa dan kondusif . Bilik mestilah mempunyai peralatan-peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan jauh daripada kebisingan dan lain-lain gangguan. Bilik yang mempunyai kemudahan hawa dingin adalah lebih baik dan digalakkan. Masa untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit .

Sebelum ujian ditadbirkan, arahan-arahan ujian yang perlu mestilah diberitahu kepada klien. Arahan seperti cara menjawab soalan, masa untuk menyelesaikan ujian dan arahan-arahan khusus tentang sesuatu ujian adalah antara perkara-perkara yang mesti diterangkan kepada pengambil ujian. Klien atau individu yang mengambil ujian juga perlu diingatkan agar mengikuti segala arahan yang terkandung di muka surat depan kertas ujian .

            Seterusnya untuk menginterprestasi skor yang diperoleh adalah penting sekali ditadbir dengan berhati-hati agar tidak tersalah tafsir yang boleh menyebabkan penyelewengan interprestasi INPS ini.  Justeru, sebelum mentadbir INPS ini adalah perlu difaham dengan jelas terlebih dahulu agar maklumat yang disampaikan adalah tepat.








4.0              PENGIRAAN SKOR PEMBENTUKAN PROFIL INPS

Pengiraan skor bagi ujian INPS perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan ketika mengira jumlah skor individu. Cara pengiraan skor mestilah diikuti sepenuhnya untuk mendapatkan skor dan profil yang betul dan tepat. Walaupun cara mengira skor adalah mudah, pentadbir ujian mestilah berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan. Kesilapan kecil mungkin akan memberi kesan yang besar kepada interprestasi profil ujian. Di bawah ini terdapat beberapa langkah untuk dijadikan panduan kepada anda apabila anda memindahkan skor.

Langkah-Langkah Untuk Memindahkan Skor :

1)      Anda perlu menjawab inventori di bahagian A terlebih dahulu iaitu untuk bahagian deskripsi pekerjaan dan anda juga perlu menjawab inventori di bahagian B iaitu perbandingan pekerjaan. Arahan yang lengkap untuk menjawab kedua-dua bahagian telah disediakan di bahagian atas borang INPS tersebut.

2)      Setelah anda selesai menjawab dan menandakan skor di bahagian A dan di bahagian B, anda dikehendaki untuk memindahkan skor yang diperoleh di borang jawapan bahagian B ke dalam borang skor inventori INPS. Dalam proses pemindahan skor tersebut anda haruslah berhati-hati dan perlu dilakukan dengan penuh teliti supaya tidak berlaku kesilapan. Oleh itu, semasa pemindahan skor dari bahagian B ke borang skor INPS, anda haruslah memindahkan skor satu persatu dengan mengikut agen bagi setiap jenis pekerjaan. Sebagai contoh, bagi jenis pekerjaan manusia, agen 5, skor yang diperoleh adalah 1. anda dikehendaki mengisi skor setiap agen dengan mengikut jenis pekerjaan sehingga selesai.

3)      Setelah selesai mengisi skor untuk 21 jenis nilai pekerjaan, anda dikehendaki mengira jumlah skor yang diperoleh mengikut jenis pekerjaan. Namun, untuk mengira jumlah skor, terdapat formula yang perlu digunakan dan di ingat.
Text Box: JUMLAH SKOR = Jumlah Skor Yang Diperoleh - 4
Anda perlu mengira jumlah skor bagi 21 jenis nilai pekerjaan yang ada perolehi sehingga selesai. Perlu diingat bahawa dalam pengiraan jumlah skor anda perlu menggunakan formula di atas dan jumlah skor yang tertinggi yang boleh diperoleh adalah 21. Jika anda memperoleh nilai skor yang lebih tinggi daripada skor tertinggi yang telah dinyatakan, mungkin anda telah melakukan kesilapan semasa mengira jumlah skor ataupun semasa anda memindahkan skor dari bahagian B ke borang skor INPS.

4)      Setelah menyempurnakan langkah 3, anda dikehendaki untuk mengisi borang profil INPS. Di borang ini, anda dikehendaki untuk memindahkan skor yang diperoleh di bahagian A dan di borang skor INPS seterusnya anda dikehendaki untuk membina graf daripada skor yang telah diisi. Untuk mengisi skor di borang ini, anda dikehendaki untuk memindahkan skor di bahagian A ke dalam kolum deskripsi pekerjaan. Bagi borang skor INPS, anda perlu memindahkan jumlah skor yang diperoleh bagi setiap jenis pekerjaan ke borang profil INPS di bahagian kolum nilai pekerjaan. Di kolum tersebut terdapat angka 1-21 yang terletak di bawah jadual dan angka-angka tersebut telah dibahagikan mengikut tahapnya seperti sangat rendah, rendah, sederhana rendah, sederhana, sederhana tinggi, tinggi dan sangat tinggi. Anda dikehendaki untuk menandakan jumlah skor yang telah anda peroleh pada ruangan kolum yang disediakan mengikut angka yang berkenaan. Setelah selesai menandakan kesemua 21 jenis pekerjaan anda dikehendaki untuk menyambung tanda tersebut dengan jenis pekerjaan yang berkenaan dan juga angka yang terdapat di bawah jadual. Kesemua 21 tanda perlu disambung dengan menggunakan pembaris. Setelah selesai membina graf, anda boleh meneruskan proses menginteprestasi profil INPS.






5.0              PENTAFSIRAN PROFIL INPS

Umumnya, pentafsiran profil INPS adalah berasaskan kepada enam kategori nilai pekerjaan. Enam kategori pekerjaan yang ada ialah kategori konteks yang mengandungi  aspek manusia, data dan benda, kategori hubungan yang mengandungi pembantu, altruisme, pemimpin dan autonomi, kategori fungsi yang mengandungi intelektual, kreatif, kejayaan dan organisasi, kategori ganjaran yang mengandungi keuntungan, promosi, masa lapang, pengiktirafan, sokongan dan keselamatan, kategori citarasa yang mengandungi kebudayaan dan agama, dan akhir sekali kategori monotoni yang mengandungi aspek kepelbagaian dan aktiviti.

Fokus utama adalah diberikan kepada skor tertinggi, skor sederhana dan skor terendah. Skor 16 hingga 21 dianggap tinggi, skor 7 hingga 15 dianggap sederhana sementara 1 hingga 6 dianggap rendah. Skor tinggi menunjukkan nilai tersebut sangat penting kepada individu, sementara skor rendah menunjukkan bahawa nilai tersebut adalah tidak penting kepada individu. Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran profil INPS yang diperoleh berhubung dengan nilai-nilai tersebut adalah seperti berikut :

1.         Kategori Konteks

Manusia

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi daripada segi konteks terhadap manusia. Dari segi pekerjaan, banyak masa digunakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang lain. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.



Data

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi daripada segi konteks terhadap data. Dari segi pekerjaan, banyak masa digunakan untuk bekerja dengan data. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana  penting,sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Benda

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi daripada segi konteks terhadap benda. Dari segi pekerjaan, banyak masa digunakan untuk bekerja dengan benda. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

2.         Kategori Hubungan

Pembantu

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada hubungan pembantu. Dari segi pekerjaan, individu perlu bertanggungjawab kepada orang lain, mengikut peraturan dan arahan. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana  penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Altruisme

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada hubungan altruisme. Dari segi pekerjaan, individu perlu menunjukkan ciri-ciri baik hati, suka menolong, memberi perhatian, murah hati dan mengasihi orang lain. Skor sederhana (7- 15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Pemimpin

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada hubungan sebagai pemimpin. Dari segi pekerjaan, individu mempunyai pengaruh dan prestij, berautoriti, di samping mempunyai  tanggungjawab yang berat terhadap orang lain. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Autonomi

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada hubungan autonomi. Dari segi pekerjaan, individu inginkan kebebasan dalam melakukan sesuatu dan membuat keputusan di samping berinisiatif dan berdikari. Skor sederhana (7-15) menunjukkann nilai ini sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

3.         Kategori Fungsi

Intelektual

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada fungsi intelektual. Dari segi pekerjaan, individu perlu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti keilmuan di samping cintakan kebenaran. Skor sederhana (7 -15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan bahawa nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Kreatif

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada fungsi kreatif. Dari segi pekerjaan, individu perlu menunjukkan dan mempraktikkan ciri-ciri keaslian dan ketulenan. Skor sederhana  (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Kejayaan

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepad fungsi kejayaan. Dari segi pekerjaan, individu perlu mempunyai cita-cita dan pencapaian tinggi, di samping perlu bekerja keras. Individu juga perlu melakukan kerja-kerja yang mencabar dan rumit yang memerlukan semangat dan kesungguhan. Skor sederhana  (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting, sementara skor rendah (1-6), menunjukkan bahawa nilai pekerjaan ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Organisasi

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada fungsi organisasi. Dari segi pekerjaan, individu perlu memiliki ciri-ciri struktur yang tinggi, kekemasan dan ketelitian. Individu perlu melakukan sesuatu secara sistematik kerana ralat-ralat kecil tidak dapat diterima. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.





4.         Kategori Ganjaran

Keuntungan

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran keuntungan. Dari segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikan faedah ekonomi yang tinggi dan peluang untuk menjadi kaya. Skor yang sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting. Skor rendah (1-6) pula menunjukkan bahawa nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Promosi

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran promosi. Dari segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikan peluang untuk kenaikan pangkat dan meningkat maju. Skor sederhana    (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting, semenrara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Masa Lapang

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran masa lapang. Dari segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang waktu kerjanya pendek agar mempunyai banyak masa untuk berehat, bergembira dan meneruskan kegemararan harian. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.




Pengiktirafan

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada  ganjaran pengiktirafan. Dari segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang akan memberikan peluang kepada dirinya urrtuk dikenali, dipuja dan dianggap penting oleh orang lain. Individu mempunyai martabat tinggi serta menjadi tumpuan umum. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting. Sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Sokongan

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran berupa sokongan. Dari segi pekerjaan individu mencari pekerjaan yang menyokong dan mesra dengan ketua dan rakan-rakan memahami dan bertimbang rasa, memberi galakan serta dorongan. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Keselamatan

Skor tinggi (16-21) untuk nilai ini menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran keselamatan. Dari segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan-pekerjaan yang akan memberikan jaminan dari segi pekerjaan serta pendapatan. Kedudukan kewangan individu adalah stabil dan tidak dipengaruhi oleh kesempitan hidup. Skor sederhana (7-15) menunjukkan yang nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan bahawa nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.



5.         Kategori Citarasa

Kebudayaan

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada aspek kebudayaan. Dari segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikannya peluang untuk menghargai dan menikmati seni, bentuk, imbangan, kelembutan, kecantikan dan kebudayaan. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana  penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Agama

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada aspek agama dalam kehidupannya. Dari segi pekerjaaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikannya peluang untuk berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai yang berkaitan dengan agama yang dianuti. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

6.         Kategori Monotoni

Kepelbagaian

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada nilai kepelbagaian. Dari segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang akan memberikannya peluang untuk berhadapan dengan masalah-masalah baru yang berbeza. Risiko dalam pekerjaan tidak dapat dielakkan. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.

Aktiviti

Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi kepada nilai aktiviti. Dari segi pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikannya peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal yang memerlukan kesihatan dan ketabahan yang tinggi. Tenaga dan kekuatan adalah sangat diperlukan. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam  kehidupan individu.
























6.0              SOALAN INPS

6.1       SOALAN BAHAGIAN A - DESKRIPSI PEKERJAAN

INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK
Sidek’s Occupational Value Inventory
INPS TM

BAHAGIAN A : DESKRIPSI PEKERJAAN

Arahan :

A.    Baca setiap deskripsi nilai pekerjaan berikut dengan teliti.

B.     Setelah membaca setiap deskripsi pekerjaan, nyatakan keinginan anda terhadap nilai pekerjaan tersebut dengan membulatkan nombor yang mewakili keinginan anda berpandukan kekunci jawapan berikut :

Sangat Suka
SS
5
Suka
S
4
Tidak Pasti
TP
3
Tidak Suka
TS
2
Sangat Tidak Suka
STS
1

1.                  MANUSIA

Keperluan utama pekerjaan jenis ini ialah anda mesti suka kepada aktiviti-aktiviti yang berorientasikan manusia.  Banyak masa anda akan digunakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang lain.  Peranan anda termasuklah menyelia, memujuk dan menolong.  Selain itu beberapa aktiviti lain yang mungkin akan anda lakukan termasuklah mengajar, mengubati, memperkembang, memberi khidmat kaunseling serta memberi nasihat kepada individu yang memerlukan.

2.                  DATA

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki bekerja dengan idea-idea, maklumat-maklumat dan rekod-rekod.  Anda mungkin perlu mengumpul maklumat, membanding, menyalin di samping berkemungkinan melakukan kerja-kerja menyelaras dan menganalisis data.  Kebolehan membuat kesimpulan dan rumusan daripada data-data yang ada mungkin juga diperlukan di dalam pekerjaan jenis ini.  Minat anda yang mendalam untuk bermain-main dengan data akan memungkinkan anda berjaya di dalam kerjaya ini.

3.                  BENDA

Pekerjaan ini memerlukan anda bekerja dengan objek sama ada objek kecil atau objek besar. Anda adalah dikehendaki mengendalikan dan menyelenggara objek daripada kerja yang sehalus-halusnya hinggalah kepada operasi jentera-jentera yang besar dan kompleks. Perhubungan sesama manusia adalah minima. Anda mungkin terlibat dalam merekabentuk, merekacipta, membina dan memperbaiki benda-benda.

4.                  PEMBANTU

Pekerjaan jenis ini memerlukan anda bertanggungjawab kepada orang lain, mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan. Anda adalah dikehendaki supaya sentiasa mengikut arahan ketua serta memberi arahan penuh kepada tugas yang diberikan kepada anda. Anda juga dikehendaki membuat sesuatu mengikut apa yang telah dipersetujui. Kesediaan anda untuk diarah daripada melakukan sesuatu mengikut kehendak diri memungkinkan anda berjaya dalam kerjaya jenis ini.


5.                  ALTRUISME

Ciri-ciri seperti suka menolong dan mengasihi orang lain adalah ciri-ciri yang penting untuk pekerjaan jenis ini. Banyak masa kerja anda dihabiskan dengan kerja-kerja kebajikan. Anda mungkin dikehendaki membina hubungan dengan orang yang tidak mempunyai kawan, menolong mereka yang tidak atau kurang bernasib baik serta orang lain yang memerlukan pertolongan.

6.                  PEMIMPIN

Ciri-ciri utama dalam pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki memegang jawatan yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang berat. Anda perlu memberitahu tentang apa yang perlu mereka buat, mengarah dan mengawal tingkah laku mereka. Anda juga bertanggungjawab untuk membuat keputusan-keputusan penting bagi kumpulan. Anda akan dianggap sebagai ketua yang mempunyai prestij dan pengaruh yang membuatkan orang lain menghormati dan bertanggungjawab kepada anda.

7.                  AUTONOMI

Autonomi dan kebebasan adalah merupakan unsur-unsur yang penting di dalam pekerjaan jenis ini. Anda dengan bebas boleh pergi dengan balik dari tempat kerja sesuka hati. Anda juga bebas menjadual masa bekerja dan melakukan kerja mengikut cara yang anda suka. Kebebasan dalam membuat keputusan sendiri dan berinisiatif merupakan kunci kepada kejayaan anda.

8.                  INTELEKTUAL

Pekerjaan jenis ini melibatkan banyak masa anda untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Kerja-kerja anda banyak melibatkan fikiran demi mencari kebenaran serta menambah khazanah ilmu pengetahuan. Daya imaginasi dan taakulan adalah perlu, begitu juga kebolehan anda mengatur dan menyusun ilmu pengetahuan. Dalam kerja-kerja yang melibatkan perkara-perkara abstraks dan teoritikal, anda mungkin dikehendaki mengkritik, menyoal, menganalisis serta menggabungjalinkan segala keterangan-keterangan yang ada.

9.                  KREATIF

Pekerjaan jenis ini memerlukan individu yang mempunyai idea-idea dan persembahan diri yang unik. Gaya hidup yang individualistik mungkin amat sesuai untuk bidang kerjaya jenis ini. Ketulenan dan keaslian dalam merekacipta adalah dipraktik dalam penyelesaian masalah dan penyelenggaraan kerja. Kebolehan untuk menghasilkan idea-idea baru dan cara mempersembahkannya secara unik dan tersendiri adalah suatu kemestian.

10.              KEJAYAAN

Kejayaan dan pencapaian yang tinggi merupakan keperluan dan ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini. Matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi adalah dikehendaki. Anda akan menghadapi kerja-kerja yang mencabar dan mungkin juga masalah-masalah yang berat dan rumit. Jika anda mempunyai semangat dan kesungguhan lebih daripada yang biasa dimiliki oleh kebiasaan orang, berkemungkinan besar anda akan berjaya di dalam pekerjaan ini.

11.              ORGANISASI

Salah satu pra syarat yang perlu ada untuk pekerjaan jenis ini adalah kebolehan anda untuk menyusun dan menyelenggara barang-barang di bawah jagaan anda supaya kelihatan kemas dan teratur. Anda perlu menysun segala peristiwa sama ada yang telah atau yang akan brlaku secara sistematik dan teliti. Dalam menjalankan tugas-tugas seharian anda, kecuaian dan ralat-ralat kecil biasanya tidak dapat diterima. Kebolehan anda menyusun sesuatu kerja lebih awal dan terperinci adalah perlu dan amat ditekankan.

12.              KEUNTUNGAN

Pekerjaan jenis ini memberikan peluang kepada anda untuk menjadi lebih kaya. Kerjaya jenis ini memberikan faedah ekonomi yang tinggi yang memungkinkan anda berupaya memiliki barang-barang berkualiti tinggi yang anda inginkan seperti rumah, kereta, pakaian dan lain-lain lagi. Walaupun kadang-kala anda terpaksa berhadapan dengan risiko, tetapi potensi untuk mendapatkan keuntungan yang besar adalah tinggi.

13.              PROMOSI

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah adanya kenaikan pangkat, yang memberikan anda peluang untuk maju ke hadapan selangkah demi selangkah. Anda mempunyai peluang untuk naik ke atas menjadi orang yang berpengaruh dan berautoriti. Walaupun anda mungkin terpaksa memulakan kerjaya anda dengan jawatan yang rendah, anda boleh meningkat dengan cepat di dalam sesebuah organisasi.

14.              MASA LAPANG

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah ia tidak mengganggu kehidupan anda di luar masa kerja. Waktu kerja anda adalah pendek dan anda mempunyai banyak masa untuk bercuti. Anda akan mempunyai banyak masa untuk bergembira dan anda juga berpeluang untuk meneruskan kebenaran, minat dan aktiviti-aktiviti harian anda.

15.              PENGIKTIRAFAN

Dalam pekerjaan jenis ini, anda akan menjadi perhatian dan tumpuan masyarakat umum. Anda akan dikenali dan dianggap penting oleh sebahagian besar ahli masyarakat. Nama dan wajah anda akan dikenali secara meluas. Pujian kepada diri anda dan kerja-kerja yang anda lakukan adalah banyak. Kedudukan anda mempunyai martabat yang tinggi dan dianggap penting oleh ahli menyarakat.

16.              SOKONGAN

Persekitaran kerja dalam pekerjaan jenis ini amat menyokong anda. Sebagai seorang pekerja dan sebagai seorang individu, anda akan dilayan dengan kasih sayang dan kebaikan.  Ketua dan pembantu-pembantu anda amat memahami, bertimbangrasa dan selalu memberi galakan dan dorongan. Mereka begitu mengambil berat tentang keselesaan dan kesejahteraan anda. Anda juga biasanya ditawarkan bantuan jika anda memerlukan.

17.       KESELAMATAN

Pekerjaan jenis ini membolehkan anda merasa bebas daripada kebimbangan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Anda merasa selamat dengan perubahan–perubahan semasa yang berlaku di sekeliling anda kerana anda mengetahui kehidupan anda dan keluarga anda stabil, kekal dan boleh dijangkakan. Secara keseluruhan pendapatan anda tidak dipengaruhi oleh kesempitan hidup.

18.       KEBUDAYAAN

Untuk berjaya di dalam kerjaya ini anda mestilah berkebolehan menikmati dan menghargai seni. Keupayaan anda untuk menghayati bentuk , imbangan , kelembutan, keharmonian dan kecantikan sesuatu benda adalah amat berguna dan berharga. Anda mungkin dikehendaki supaya memperkembangkan minat dan penghargaan terhadap seni dan budaya.

19.       AGAMA

Salah satu pra-syarat utama untuk berjaya di dalam pekerjaan ini adalah mesti mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan luas. Anda akan selalu terlibat dengan aktiviti–aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan, peluang untuk berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai-nilai yang berkaitan dengan agama adalah merupakan tanggungjawab yang diberikan kepada anda.

20.       KEPELBAGAIAN

Pekerjaan jenis ini memerlukan anda berhadapan dengan keadaan-keadaan dan masalah-masalah baru dan berbeza untuk diselesaikan. Anda mungkin dikehendaki mengendali dan membuat penyelidikan berkaitan dengan persekitaran fizikal dan sosial anda. Banyak masa anda mungkin akan dihabiskan untuk perjalanan ke tempat-tempat yang tidak biasa. Risiko sama ada kecil atau besar tidak dapat dielakkan. Anda mesti bersedia untuk mengalami perubahan yang akan berlaku.

21.       AKTIVITI

Satu daripada keperluan utama pekerjaan jenis ini minat dan cinta anda kepada aktiviti-aktiviti yang berbentuk fizikal. Anda perlu kecergasan yang tinggi. Kesihatan, kekuatan dan ketabahan yang tinggi adalah satu kemestian. Anda mungkin dikehendaki mengangkat benda-benda berat, berkerja di dalam bangunan dan mungkin juga di luar bangunan. Minat terhadap pergerakan yang memerlukan tenaga dan kekuatan adalah perlu untuk kejayaan dalam bidang kerjaya ini.











6.2              SOALAN BAHAGIAN B - PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN

BAHAGIAN B : PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN

Arahan :

Pada setiap agen, pilih mana daripada 5 pekerjaan yang anda paling suka dan bulatkan nombor 5 di sebelah nama pekerjaan itu. Bulatkan nombor 4 di sebelah nama pekerjaan yang kedua anda sukai. Bulatkan nombor 3 bagi pekerjaan pilihan ketiga, nombor 2 bagi pekerjaan pilihan keempat dan akhirnya nombor 1 bagi pilihan kelima. Tidak ada dua atau lebih pekerjaan dalam agen tertentu yang mempunyai nombor yang sama. Sila gunakan sistem ini untuk membuat pemilihan bagi setiap agen yang disenaraikan.

Frasa-frasa berikut menerangkan setiap pekerjaan dengan ringkas sekali lagi. sila rujuk diskipsi lengkap di bahagian A sekiranya frasa yang disediakan masih tidak jelas dan tidak dapat membantu anda dalam membuat pangkatan.

1. MANUSIA                         Banyak masa digunakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan manusia.

2. DATA                                Bekerja dengan nombor-nombor, idea, maklumat serta rekod termasuk menyelaras dan menganalisis data.

3. BENDA                              Berkerja dengan objek sama ada kecil atau besar termasuk merekacipta dan memperbaiki benda.
4. PEMBANTU                     Bertanggungjawab kepada orang lain, mengikut peraturan dan arahan.

5. ALTRUISME                   Baik hati, suka menolong, memberi perhatian, murah hati dan mengasihi orang lain.

6. PEMIMPIN                       Mempunyai pengaruh dan prestij. Berautoriti tetapi mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap orang lain.

7. AUTONOMI                     Kebebasan melakukan sesuatu dan membuat keputusan, beriniasitif dan berdikari dalam melakukan sesuatu.

8. INTELEKTUAL              Melibatkan banyak masa dengan aktiviti keilmuan dan cintakan kebenaran.

9. KREATIF                         Keaslian dan ketulenan dipraktikkan dalam menyelesaikan masalah dan penyelenggaraan kerjasama.

10. KEJAYAAN                   Mempunyai cita-cita dan pencapaian yang tinggi. Perlu bekerja keras, kerja-kerja yang dilakukan sangat mencabar dan rumit. Perlukan semangat dan kesungguhan untuk berjaya.

11. ORGANISASI                Stuktur, kekemasan dan ketelitian dalam menjalankan tugas adalah suatu keperluan dan kemestian. Perlu sistematik dan ralat-ralat kecil tidak dapat diterima.

12. KEUNTUNGAN            Faedah ekonomi yang tinggi dan mempunyai peluang yang besar untuk menjadi kaya.

13. PROMOSI                       Adanya peluang kenaikan pangkat yang memberi ruang untuk maju dan meningkat.

14. MASA LAPANG            Waktu kerja yanga pendek, terdapat banyak masa untuk berehat, bergembira dan meneruskan kegemaran serta hobi anda.

15. PENGIKTIRAFAN       Dikenali, dipuja dan dianggap penting oleh orang ramai. Kedudukan mempunyai martabat serta menjadi tumpuan umum.

16. SOKONGAN                  Persekitaran kerja yang menyokong dan mesra. Ketua dan rakan memahami dan betimbang rasa, memberi galakan dan dorongan.

17. KESELAMATAN          Bebas daripada kebimbangan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Kedudukan kewangan stabil dan tidak dipengaruhi oleh kesempitan hidup.

18. KEBUDAYAAN            Menghargai dan menikmati seni, bentuk, imbangan, kelembutan, kecantikan dan kebudayaan.

19. AGAMA                          Berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai yang berkaitan dengan agama.

20. KEPELBAGAIAN         Berhadapan dengan masalah-masalah baru yang berbeza
                                                serta risiko yang tidak dapat dielakkan.

21. AKTIVITI                       Aktiviti-aktiviti fizikal di mana kesihatan dan ketabahan yang tinggi diperlukan. Perlu tenaga dan kekuatan.








7.0              BORANG JAWAPAN INPS

7.1       BORANG JAWAPAN BAHAGIAN A - DESKRIPSI PEKERJAAN

NAMA

JANTINA

UMUR

PENDIDIKAN

PEKERJAAN

NO K.P

TARIKH


BAHAGIAN A : DESKRIPSI PEKERJAAN

Arahan : Tandakan keutamaan pekerjaan anda dengan membulatkan nombor yang mewakili
   jawapan anda berpandukan kekunci jawapan berikut :

Sangat Suka
SS
5
Suka
S
4
Tidak Pasti
TP
3
Tidak Suka
TS
2
Sangat Tidak Suka
STS
1


1. Manusia           5      4      3      2      1                  12. Keuntungan            5      4      3      2      1

2. Data                 5      4      3      2      1                  13. Promosi                  5      4      3      2      1

3. Benda               5      4      3      2      1                  14. Masa Lapang         5      4      3      2      1

4. Pembantu         5      4      3      2      1                  15. Pengiktirafan          5     4      3      2       1

5. Altruisme         5      4      3      2      1                  16. Sokongan               5      4      3      2      1

6. Pemimpin         5      4      3      2      1                  17. Keselamatan          5      4      3      2      1

7. Autonomi         5      4      3      2      1                  18. Kebudayaan           5      4      3      2      1

8. Intelektual        5      4      3      2      1                  19. Agama                    5      4      3      2      1

9. Kreatif              5      4      3      2      1                  20. Kepelbagaian         5      4      3      2      1

10. Kejayaan        5      4      3      2      1                  21. Aktiviti                   5      4      3      2      1

11. Organisasi      5      4      3      2      1                 

7.2       BORANG JAWAPAN BAHAGIAN B - PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN

BAHAGIAN B : PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN

Arahan : Tandakan keutamaan pekerjaan anda dengan membulatkan nombor yang
    mewakili jawapan anda berpandukan kekunci jawapan berikut :

Sangat Suka
SS
5
Suka
S
4
Tidak Pasti
TP
3
Tidak Suka
TS
2
Sangat Tidak Suka
STS
1

A
Kreatif

A
Keuntungan

A
Organisasi

G
Data

G
Kreatif

G
Intelektual

E
Keselamatan

E
Autonomi

E
Keuntungan

N
Agama

N
Benda

N
Sokongan


Benda


Altrurisme


Kreatif

1


2


3



A
Data

A
Kebudayaan

A
Pengiktirafan

G
Promosi

G
Aktiviti

G
Manusia

E
Intelektual

E
Data

E
Altrurisme

N
Pengiktirafan

N
Manusia

N
Aktiviti


Pembantu


Masa Lapang


Pemimpin

4


5


6



A
Keselamatan

A
Aktiviti

A
Promosi

G
Masa Lapang

G
Agama

G
Organisasi

E
Organisasi

E
Benda

E
Autonomi

N
Kejayaan

N
Masa Lapang

N
Intelektual


Pengiktirafan


Keuntungan


Data

7


8


9


A
Masa Lapang

A
Agama

A
Pembantu

G
Benda

G
Pemimpin

G
Kebudayaan

E
Agama

E
Aktiviti

E
Manusia

N
Kepelbagaian

N
Promosi

N
Pemimpin


Intelektual


Sokongan


Aktiviti

10


11


12



A
Sokongan

A
Benda

A
Intelektual

G
Kejayaan

G
Keselamatan

G
Autonomi

E
Promosi

E
Sokongan

E
Pembantu

N
Organisasi

N
Kebudayaan

N
Keselamatan


Keselamatan


Kejayaan


Manusia

13


14


15



A
Manusia

A
Kepelbagaian

A
Altrurisme

G
Pemimpin

G
Pengiktirafan

G
Pembantu

E
Pengiktirafan

E
Kreatif

E
Kejayaan

N
Pembantu

N
Masa Lapang

N
Keuntungan


Promosi


Autonomi


Organisasi

16


17


18



A
Pemimpin

A
Autonomi

A
Kejayaan

G
Keuntungan

G
Sokongan

G
Altrurisme

E
Kepelbagaian

E
Kebudayaan

E
Kepelbagaian

N
Altrurisme

N
Kreatif

N
Data


Kebudayaan


Kepelbagaian


Agama

19


20


21







7.3       BORANG SKOR INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS)

BORANG SKOR INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS)

DATA
BENDA
PEMBANTU
ALTURISME
PEMIMPIN
AUTONOMI
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
5

1

1

4

2

6

2

6

4

2

12

6

11

9

12

5

8

15

18

12

15

15

9

10

16

19

16

17

16

21

14

18

21

19

20

JUM

JUM

JUM

JUM

JUM

JUM

JUM















INTELEKTUAL
KREATIF
KEJAYAAN
ORGANISASI
KEUNTUNGAN
PROMOSI
MASA LAPANG
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
3

1

7

3

2

4

5

4

2

13

7

3

9

7

9

3

14

9

8

11

8

10

17

18

13

18

13

10

15

20

21

18

19

16

17

JUM

JUM

JUM

JUM

JUM

JUM

JUM















PENGIKTIRAFAN
SOKONGAN
KESELAMATAN
KEBUDAYAAN
AGAMA
KEPELBAGAIAN
AKTIVITI
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
AGEN
SKOR
4

3

1

5

1

10

5

6

11

7

12

8

17

6

7

13

13

14

10

19

8

16

14

14

19

11

20

11

17

20

15

20

21

21

12

JUM

JUM

JUM

JUM

JUM

JUM

JUM


7.4       PROFIL INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK

DESKRIPSI PEKERJAAN

NILAI PEKERJAAN
SANGAT RENDAH
RENDAH
SEDERHANA RENDAH
SEDERHANA
SEDERHANA TINGGI
TINGGI
SANGAT TINGGI
  R    S    T
  R    S    T
   R       S       T
   R     S     T
   R     S     T
  R     S     T
  R     S     T


MANUSIA









DATA


BENDA


PEMBANTU


ALTRUISME


PEMIMPIN


AUTONOMI



INTELEKTUAL



KREATIF



KEJAYAAN


ORGANISASI


KEUNTUNGAN


PROMOSI


MASA LAPANG


PENGIKTIRAFAN


SOKONGAN


KESELAMATAN


KEBUDAYAAN


AGAMA


KEPELBAGAIAN


AKTIVITI


  1    2     3
  4    5     6
    7       8       9
   10    11     12
   13    14     15
  16  17    18
 19   20    21

8.0       KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INPS

Kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu adalah konsisten (Tuckman 1978). Sesuatu ujian atau alat ukuran itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor yang sama diperoleh individu yang sama dengan menjawab ujian atau alat ukuran yang sama pada masa yang berbeza (Sidek Mohd. Noah 1990).

Indeks kebolehpercayaan sesuatu alat ukuran adalah suatu pekali yang menunjukkan konsistensi dan indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi. Kaedah korelasi bermaksud menghubungkan dua set skor yang diperoleh daripada hasil gerak balas subjek terhadap item-item dalam pengukuran (Anastasi, 1997). Murphy dan Davidshover (1998) telah menjelaskan bahawa kegunaan pekali kebolehpercayaan adalah untuk menyediakan maklumat yang berguna untuk menilai kualiti sesuatu alat ukuran.

Selain itu, pekali kebolehpercayaan juga dapat digunakan untuk menunjukkan suatu maklumat umum yang mempengaruhi skor sebenarnya atau yang salah. Pekali kebolehpercayaan dapat digunakan untuk dua perkara penting iaitu mentafsir sejauh mana skor boleh bertindak sebagai hasil pengukuran yang salah dan untuk mentafsir pengaruh daripada tiada kebolehpercayaan daripada korelasi antara pengukuran dan krisis minat.

            Pekali kebolehpercayaan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS) menggunakan pendekatan pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach iaitu .96, sementara analisis reliabiliti ke atas semua 21 faktor yang terkandung dalam INPS menunjukkan pekali ketekalan dalaman atau kebolehpercayaan antara .74 hingga .90.