Tips mencegah stress
Buat senarai stress
Individu boleh mencuba
untuk membuat senarai stress kemudian menyimpannya untuk beberapa minggu, dan
senaraikan masa, tempat dan individu yang memburukkan lagi tahap stress anda. Jenisnya
mungkin berbeza-beza. Stress mungkin boleh terjadi kerana kurangnya rehat,
bebanan tugas dan perkara-perkara lain yang boleh mengakibatkan stress.
Apabila individu sudah
mengetahui punca-punca stress, dua langkah ini boleh membantu iaitu :
·
Berkongsi masalah dengan rakan-rakan,
ahli keluarga dan sebagainya kerana ia boleh membantu anda berjaga-jaga dengan
mengenali benda yang menyebabkan anda berasa stress. Hanya melalui percakapan
sahaja boleh menbantu individu menghilangkan stress.
·
Cara yang kedua ialah melalui teknik
regangan yang dimana individu boleh melakukan regangan ketika menghadapi
situasi yag tegang dan memaksa kita untuk mengambil bahagian. Sebagai contoh,
apabila membuat regangan leher ketika mengalami kesesakan lalu lintas.
Cuba teknik regangan
yang mudah seperti :
·
Tarik
nafas sedalam yang boleh. Individu perlu mengambil nafas yang panjang secara
perlahan-lahan dan menghembus nafas juga secara perlahan lahan. Lakukan secara
fokus dan beberapa kali dan anda akan merasa lebih relaks.
·
Meregang
dan merehatkan otot. Cuba memusing leher kekiri dan kanan mengikut keselesaan
dan cuba untuk relaks. Rehatkan bahu dan otot belakang untuk beberapa saat dan
rehat sepenuhnya.
Cuba cara mudah ini
apabila anda berasa relaks dan jadikan ia sebagai rutin harian apabila
berhadapan dengan stress.
Regangan
positif
Cari satu masa yang
sesuai untuk rehat secara positif. Jangan tunggu sehingga anda berasa relaks.
Individu perlu merancang aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa relaks
seperti berendam di dalam air, duduk secara santai atau mendengar muzik. Cara
ini boleh menjadikan hidup anda kembali menjadi normal. Sesetengah individu
menyatakan bahawa pengambilan masa untuk antiviti rehat adalah berguna
contohnya membuat yoga dan juga membuat senaman.
Senaman
Ramai yang bersetuju
bahawa senaman boleh mengurangkann stress selain dapat menyihatkan badan dan
juga mencegah penyakit. Sebarang senaman adalah baik tetapi cuba merancang
untuk sekurang-kurangnya 30 minit untuk masa senaman lima kali seminggu. Bagi individu yang tidak biasa bersenam, mereka boleh
bermula dengan berjalan dengan pantas. Tambahan lagi, dengan senaman dapat
menyelesaikan masalah sukar tidur malam.
Rokok dan alkohol
Jangan diperbodohkan dengan percaya merokok dan minum arak akan membantu
menghilangkan stress. Pada jangka masa panjang, ia tidak membantu. Miinum arak
untuk menghilangkan stress selalunya akan menyebabkan individu menjadi pemabuk
tegar.
Hobi
Ramai orang mendapati bahawa hobi yang di mana tiada tamat tempoh, tiada
tekanan dan boleh diambil dan dibuang sesuka hati dan juga boleh menghilangkan
stress seperti sukat, mendaki gunung, mendengar music dan juga membaca buku.
Rawatan
Jika mendapati bahawa stress anda sudah menjadi teruk dan sukar untuk
diatasi, jumpa doktor jika ianya menjadi lebih teruk. Rawatan lanjut seperti
menjalani kaunseling atau pengambilan ubat-ubatan mungkin diperlukan.
4.2 Hindari
stress
1.
Mengetahui kesan stress
2.
Mengubah tentang stress
3.
Elak atau hindari stress
4.
Menerima stress dengan cara
-
Menarik nafas
-
Membina gaya hidup sihat.
4.3 10c’s
untuk menghadapi tekanan
1.
Conditioning atau keadaan. Merujuk kepada senaman biasa
tetapi termasuk pengambilan nutrisi yang baik dan juga tabiat tidur.
2.
Caring atau penyayang. Merujuk kepada penyertaan dalam
aktiviti yang menyokong, sayang menyayangi dalam keluarga, kawan dan rakan
sekerja. Juga melibatkan memberi dn menerima.
3.
Challenge atau cabaran. Merujuk kepada keupayaan untuk
menafsir kesusahan dan menukarnya kepada cabaran positif dan peluang.
4.
Confidence atau keyakinan. Merujuk kepada kemampuan untuk
menangani segala masalah dan cabaran yang datang.
5.
Commitment atau komitmen. Merujuk kepada penglibatan yang
positif dalam aktiviti dan ercaya dengan apa yang diingini.
6.
Control atau kawalan. Merujuk kepada kemampuan untuk
melibatkan diri dan menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan.
7.
Coping atau menangani. Merujuk kepada kemampuan untuk
bertindak balas dengan masalah yang mencabar.
8.
Calmness atau kesabaran. Merujuk kepada mengekalkan tahap
fizikal dan emosi yang tenang ketika menghadapi kesusahan.
9.
Creativity atau kreatif. Merujuk kepada keupayaan untuk
menghasilkan perubahan dan penyelesaian yang khusus ketika menghadapi kesusahan
dan dilema.
1. Competence atau kecekapan. Merujuk
kepada keupayaan untuk mengawal permintaan terhadap kerja dan tugas secara
efektif.
No comments:
Post a Comment