Pondok Remaja Inabah II terletak di Kuala Terengganu. Program ini kami jalankan semasa berada di semester 4 dan program ini dijalankan bagi memenuhi jam kredit bagi kursus Kaunseling Penyalahgunaan Dadah. Tidak dinafikan memang jauh perjalanan dari Tanjung Malim ke Kuala Terengganu. Huhhh sakit pinggang den. Tapi apa-apa pun memang seronok dapat pergi ke sana. Sambil buat program sempat lagi pergi melancong.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk bertemu dengan orang yang sedang berada dalam proses pemulihan atas penyalahgunaan dadah. Di sini kami berpeluang bertemu ramah dengan bekas penagih yang sedang berada dalam proses pemulihan. Hasil daripada lawatan dan temu ramah tersebut, kami dapat mengetahui bagaimana kehidupan seorang penagih dan didedahkan dengan cara-cara bagi mengatasi masalah ketagihan dadah.
*Di sini adalah sedikit pengetahuan yang telah kami dapat di pondok inabah tersebut.
Pusat
remaja Inabah ditubuhkan sejak tahun 1980-an. Pada mulanya pusat ini ditubuhkan
hanyalah untuk membantu pesakit secara personal kemudiannya bilangan penagih
yang ingin mendapatkan perkhidmatan daripada pusat ini bertambah lalu pada
penghujung tahun 1980, pusat ini tertubuh secara rasminya. Pusat ini
menggunakan nama remajan kerana mereka menganalogikan ramaja ini dari segi ilmu
dan amal dan bukanlah umur. Manakala inabah pula bermaksud kembali iaitu kembali kepada pangkuan tuhanmu
atau kembali semula ke pangkal jalan.Pusat ini mengamalkan pendekatan yang
dibawa masuk daripada Pasentran Suryalaya daripada Indonesia. Individu yang
bertanggungjawab membawa masuk pendekatan ini di Terengganu ini ialah
Pusat
pemulihan dadah Inabah ini menjalankan pendekatan rohaniah dan agama secara
keseluruhannnya. Pondok pemulihan ini bukan
sahaja menjalankan aktiviti tarikat sebagaimana yang kita dengar atau lihat
dengan merawat jiwa, menanam keinsafan, mendekatkan diri kepada tuhan sahaja,
bahkan ianya meliputi rawatan dan pemulihan bagi mereka yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dengan menggunakan kaedah Zikir Tarikat.
Pada mulanya pusat ini ada menyediakan kemahiran
untuk ahlinya seperti menyediakan kilang mengecop batik, kilang membuat keropok
lekor, kilang membuat batu blok dan banyak lagi kemahiran yang disediakan.
Namun demikian, pihak pengurusan menghentikan segala kerja-kerja kemahiran ini
kerana beranggapan bahawa kerja-kerja kemahiran ini menyekat rutin mereka untuk
mendekatkan diri kepada Allah.
Selain
itu, pusat ini hanya menerima penagih daripada jantina lelaki kerana pihak
pengurusan pusat ini tidak mempunyai kakitangan wanita untuk menguruskan penagih
wanita. Selain itu, pihak ini menerima penagih sejak peringkat awal remaja
hinggalah ke peringkat warga emas. Namun demikian, pusat ini menerima penagih
selagi penagih tersebut tidak membebankan mereka dan hanya menerima pesakit HIV
Carrier sahaja.
Di
dalam pusat pemulihan dadah ini, penagih yang masuk ke dalam pusat ini
dipanggil anak bina oleh pihak pengurusan. Tambahan lagi, kebanyakan penagih
yang datang ke pusat ini adalah secara sukarela ataupun dirujuk oleh ahli
keluarga. Namun demikian, ada juga penagih yang tinggal di pusat pemulihan ini
merupakan penagih yang terlibat dengan kes polis. Ketika awal kemasukan anak
bina ke dalam pusat ini, mereka akan dikurung di sebuah bilik berasingan selama
7 hari tanpa keluar untuk mengatasi masalah ketagihan yang dihadapi. Tambahan
lagi, ahli keluarga dibenarkan melawat anak bina pada waktu pejabat termasuk
hari Sabtu dan Ahad namun pada waktu malam tidak dibenarkan sama sekali setelah
14 hari tempoh pemulihan sejak awal kemasukan.
Terdapat
lima method atau kaedah yang digunakan dalam rawatan ini. Pendekatan pertama
ialah mandi taubat atau hidroterapi. Mandi taubat ini dilakukan seawal pukul 5
pagi atau sebelum subuh selama 40 hari berturut-turut tanpa henti. Sekiranya
terhenti, mandi taubat tersebut akan bermula dengan kosong kembali. Syarat
mandi taubat ini ialah 40 gayong air dengan 40 kali bacaan doa ayat Al-Mukminun
ayat 29. Sebab mandi taubat ini dibuat kerana secara biologinya, apabila
seseorang itu memasukkan terlalu banyak bahan kimia di dalam tubuhnya akan
mematikan rerambut sel yang terdapat di dalam badan seterusnya menyebabkan tahap fizikal dan mental menjadi lemah. Oleh
hal yang demikian, mandi taubat ini dibuat bertujuan untuk menyuburkan kembali
rerambut sel tersebut dengan lebih cepat sekaligus meningkatkan kembali
kekuatan fizikal dan mental penagih ini.
Pendekatan
kedua yang digunakan oleh pusat ini ialah solat. Di dalam pusat ini, selain
menekankan solat wajib iaitu solat 5 waktu, pusat ini juga menekankan 4 solat
sunat iaitu solat sunat Qiammulail iaitu
solat sunat Taubat, solat sunat Tasbih, solat sunat Tahajud dan solat sunat
hajat, solat sunat Dhuha, solat sunat Ba’diah maghrib dan solat sunat Mutlak.
Pendekatan
ketiga yang diamalkan oleh pusat pemulihan ini ialah zikir. Zikir yang
diamalkan di pusat ini ialah tarikat Qadiriyyah dan juga tarikat Naqsyabandiyyah
yang merupakan tarikat yang dikenali penggunaannya. Selain itu,penggunaan
tarikat ini digunakan secara meluas di Malaysia. Pihak pemulihan ini
beranggapan selain solat, zikir juga merupakan salah satu makanan jiwa yang
perlu ditekankan penggunaannya sejak kecil oleh ibu bapa dan dapat mengubati
hati.
Pendekatan
keempat di institusi ini ialah majlis ilmu. Selain daripada itu, anak bina di
institusi ini juga diberikan ceramah-ceramah agama dan kuliah daripada tenaga
pengajar daripada dalam dan luar institusi ini seperti pensyarah daripada
Unisza dan juga daripada Agensi Anti-dadah Kebangsaan atau AAdK.
Pendekatan
terakhir yang digunakan oleh pusat Inabah ini melalui hikmat bakti atau
aktiviti sosial. Di pusat ini, anak bina akan diberikan masa untuk melakukan
aktiviti riadah pada waktu petang seperti bermain bola sepak dan badminton.
Selain itu, anak bina ini juga akan bergotong royong membersihkan kawasan
persekitaran pusat ini dan juga menerima jemputan daripada pihak luar untuk
membersihkan surau atau masjid, membersihkan tanah perkuburan dan pelbagai lagi
aktiviti kemasyarakatan yang lain. Tambahan lagi, pihak Inabah juga menerima
jemputan daripada pihak AAdK untuk memberikan ceramah dan sebagainya.
Yuran
yang dikenakan oleh Pondok Remaja Inabah ialah sebanyak RM 850.00 ketika awal
kemasukan ke pusat ini. Kemudiannya, anak bina perlu membayar yuran bulanan
sebanyak RM500.00 selain RM 100.00 untuk yuran koperasi, RM150.00 untuk duit
belanja anak bina tersebut dan juga RM50.00 untuk lain-lain perbelanjaan. Pada
dasarnya, yuran yang dikenakan agak mahal namun pihak pentadbiran terpaksa
mengenakan yuran ini kerana pusat ini tidak mendapat bantuan daripada mana-mana
pihak untuk menguruskan aktiviti di pusat pemulihan tersebut.
SEMINAR PENYALAHGUNAAN DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN
Program terakhir yang kami jalani di bawah kursus ini pada semester 4 ialah melibatkan diri dengan seminar penyalahgunaan peringkat kebangsaan yang bertempat di USIM. Seminar ini dijalankan selama 2 hari 1 malam. Sempat la jugak merasa duduk di kolej USIM.hehehe..Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penyalahgunaan dadah dan kesan-kesannya. Banyak badan-badan kerajaan dan swasta yang bekerjasama dalam mengendalikan seminar ini. Ia disertai oleh kaunselor-kaunselor, pelajar universiti dan pelajar sekolah dan wakil daripada badan-badan swasta yang terlibat bagi pemulihan penyalahgunaan dadah. Dalam seminar ini juga, terdapat pertandingan yang dijalankan. Pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan melukis poster bagi pelajar-pelajar sekolah dan pertandingan inovasi iaitu membuat modul bagi pelajar universiti. UPSI telah menghantar dua kumpulan bagi menyertai pertandingan itu. Alhamdulillah UPSI telah mendapat tempat pertama dan tempat kedua dalam pertandingan tersebut. ia sesuatu yang membanggakan. Dalam pertandingan tersebut, markah diambil kira dengan melihat inovasi yang dilakukan bagi setiap kumpulan. Ia mahukan sesuatu pembaharuan.
Dalam uasaha untuk membuat modul tersebut, kami bersama-sama bekerjasama dalam pembikinan video tentang kehidupan penagih dan kesannya. Video ini dilakonkan sendiri dan menjadi salah satu produk baru dalam modul tersebut. Video ini adalah sampingan bagi modul yang dijalankan. Mari sama-sama kita saksikan bakat-bakat yang terpendam yang ada dalam diri pelajar B&K semester 5, UPSI.hehehehehe
No comments:
Post a Comment