PEMBENTUKAN PERSONALITI REMAJA
Pengenalan
Mengikut
Allport personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan dengan system
psikofizikal
dalam diri individu yang akan menentukan
penyesuaian tertentu ke atas
persekitaran.
Organisasi
dinamik ( Dynamik Organisation ) bermaksud integrasi serta hubungan di
antara
pelbagai aspek personaliti. Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan
berkembang
dan bukan sesuatu yang statistik.
‘Sistem
psikofizikal’ ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi,
sentimen
dan motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas fizikal di dalam
urat
saraf, kelenjar dan keadaan tubuh badan am. Sistem ini bukan terhasil daripada
baka.
Walaupun
sistem ini bukan terhasil daripada baka, system ini telah terbentuk dengan cara
pembelajaran
akibat pengalaman seseorang kanak-kanak.
Sistem psikofizikal adalah
kuasa
penggerak yang menentukan penyesuaian jenis apakah yang dibuat oleh seseorang
kanak-kanak.
1) Baka
Minat
terhadap faktor baka sebagai satu faktor yang mempengaruhi personaliti
telah
tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang manakah yang diwarisi dan trait
yang
mana
pula yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor-faktor genetik
menghasilkan
pembawaan atau potensi untuk
perkembangan dan bukan menghasilkan
trait-trait
badan dan tingkahlaku secara langsung. Dipercayai bahawa baka meletakkan
had-had
yang tidak dapat dilintasi untuk
perkembangan seterusnya walaupun
persekitaran
yang diberi sangat baik. Kita tidak mengetahui dan tidak ada cara
untukmengetahui apakah had-had tersebut. Sebagai contoh , ujian kecerdasan
tidak dapat
mengesan
potensi yang diwarisi. Ujian itu hanya
menunjukkan taraf perkembangan
potensi
tersebut pada masa ujian diambil.
Peranan baka di dalam aspek-aspek
perkembangan adalah berbeza-beza. Pengaruh
baka
adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan dengan intelek. Begitu juga
personaliti
sosial tidak begitu terhad oleh baka dan sangat dipengaruhi oleh persekitaran.
2) Bentuk Tubuh Badan
Bentuk tubuh badan mempengaruhi
personaliti secara langsung dan tidak langsung.
Secara
langsung, bentuk tubuh badan menentukan perkara-perkara yang dapat dibuat dan
tidak
dapat dibuat oleh kanak-kanak. Perkara ini sangat penting di semua peringkat
umur
khususnya
apabila aktiviti fizikal membawa nilai
prestij yang tinggi untuk kumpulan
sebaya.
Kanak-kanak yang kecil dan berbadan lemah ataupun terlalu gemuk akan merasa
terhalang
di dalam berbagai-bagai permainan dan sukan.
Secara tidak langsung pula, bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti dengan
cara
menentukan perasaan kanak-kanak tentang tubuh badannya. Seterusnya, perasaan
ini
akan
dipengaruhi juga oleh perasaan orang-orang disekelilingnya. Ada bukti yang
menunjukkan
sikap masyarakat dan kebudayaan terhadap bentuk tubuh badan tertentu
adalah
bertanggungjawab untuk menghasilkan pola-pola persoaliti bagi individu yang
mempunyai
bentuk tubuh badan yang tertentu.
Jika seseorang kanak-kanak itu ada
kumpulan sebayanya yang lebih kurang sama
tinggi
dan sama berat tubuh badan, maka konsep kendiri kanak-kanak tidak terjejas.
Jika
bentuk
tubuh badanya berbeza ia akan mempengaruhi personalitinya. Kanak-kanak yang
gemuk
akan merasa kesedaran kendiri, takut dan malu, lembab dan tidak dapat
memegang
status yang tinggi di kalangan rakan sebayanya.
Ia akan bertambah
bergantung
kepada ibunya, dan akan membentuk personaliti yang tidak matang bagi
tahap
umurnya.
3) Keadaan Fizikal
Perubahan-perubahan keadaan fizikal
seseorang kanak-kanak akan membawa
perubahan
tingkahlaku yang mungkin tidak kekal atau kekal, sedikit atau banyak. Seseorang
kanak-kanak akan merasa mudah marah dan bertingkahlaku berbeza jika
dibandingkan
dengan semasa sudah berehat.
Keadaan-keadaan fizikal seperti ini yang
mengganggu
imbangan tubuh badan yang akan menjejaskan penyesuaian kanak-kanak
tersebut.
Kesihatan akan mempengaruhi
personalitinya. Sikap keluarga dan kumpulan sosial
kanak-kanak
biasanya adalah lebih baik bagi kanak-kanak yang sihat jika dibandingkan
dengan
kanak-kanak yang kurang sihat. Ini akan mempengaruhi tingkahlaku.
Kanak-kanak yang kurang bertenaga
kerana sakit teruk akan bertingkahlaku malu,
pendiam,
mudah marah,murung dan tidak bersosial. Mereka yang menghidap penyakit
yang
merimaskan seperti ekszima (sejenis penyakit kulit) akan bertindak melampau dan
mudah
meradang. Personaliti kanak-kanak ini bertambah baik apabila penyakit ini sudah
terkawal.
Kesan kecacatan fizikal terhadap
personaliti, bergantung kepada setakat mana
kanak-kanak
itu sedar bahawa ia berbeza. Sebagai contoh, kanak-kanak yang pekak atau
buta
akan membentuk personaliti kekakuan apabila mereka bersama-sama dengan
kanakkanak yang tidak pekak atau tidak buta.
4) Kecerdasan
Kecerdasan telah dibekalkan kepada
kanak-kanak agar berkeupayaan menyesuaikan
diri
untuk hidup, untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah penyesuaiannya.
Kecerdasan
yang sederhana membolehkan kanak-kanak menyesuaikan dirinya dengan
agak
berjaya jika keadaan lain adalah baik. Namun begitu kecerdasan yang sangat
rendah
atau
sangat tinggi akan menjejaskan penyesuaian sosial. Kanak-kanak yang terlalu
pandai
atau
terlalu bodoh biasanya terosak sedikit daripada segi psikologi kerana ia
membentuk
konsep
kendiri yang menentang penyesuaian yang sempurna. Seterusnya ia akan
membentuk
corak-corak tingkahlaku yang dianggap rendah bagi standard sosial yang
diperlukan
untuk umurnya. Seterusnya lagi kesedaran bahawa tingkahlaku tidak diterima
daripada
segi sosial akan merendahkan konsep kendirinya lagi yang akan mengakibatkan
tingkahlaku
sosial yang kurang baik.
Kanak-kanak kecil tidak sedar dan tidak
mengetahui tahap kecerdasan mereka,
kecuali
apabila mereka terpisah jauh daripada norma atau yang biasa bagi umurnya.
Dengan kata lain, kanak-kanak yang sangat pandai tidak mengetahui dan tidak
menyedari
yang
ia sangat pandai. Begitu juga kanak-kanak yang lembap tidak mengetahui
kelembapan
mereka itu. Kanak-kanak yang sederhana kecerdasan tidak mengendahkan
perkara
ini.Di sekolah mereka mempunyai kayu pengukur untuk membandingkan
keupayaan
kecerdasan mereka. Mereka mengukur tahap
perkembangan kecerdasan
mereka
berdasarkan penyesuaian mereka terhadap kerja sekolah.
Perasaan kanak-kanak yang mempunyai
kecerdasan yang berlainan adalah
dipengaruhi
oleh sikap sosial khususnya sikap ibu
bapa, guru dan ahli-ahli kumpulan
sebayanya.
Kanak-kanak yang sederhana kecerdasan akan merasa kurang senang apabila
bersama
dengan kanak-kanak yang sangat cerdas kerana mereka berasa bebal jika
dibandingkan
dengan kawannya yang cerdas. Kebanyakan daripada masalah personaliti
kanak-kanak
yang sangat cerdas adalah disebabkan oleh pemencilan psikologi. Apabila
mereka
berpeluang bercampur dengan kanak-kanak yang sama cerdas, masalah
personaliti
mereka akan berkurang atau tersingkir. Kanak-kanak yang mempunyai
kecerdasan
yang sangat rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seumur
dengannya
di sekolah atau di tempat tinggalnya akan merasa dirinya tersingkir umpama
orang
luar. Minatnya pun berlainan jika dibandingkan dengan mereka, lantas
memencilkan
dirinya. Jika kumpulan sebayanya sangat cerdas, maka kanak-kanak tadi
akan
merasa tidak popular dan lebih terpencil.
5) Emosi
Emosi akan menyebabkan keadaan tidak
seimbang daripada segi fizikal dan akan
menjejaskan
tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Tindakbalas seseorang kanak-kanak
terhadap
sesuatu rangsangan akan menimbulkan sesuatu emosi dan bergantung kepada
pengalamannya
yang lalu. Emosi tersebut akan mempengaruhi cara-cara penyesuaian
dirinya.
Setengah-tengah kanak-kanak telah
belajar menyatakan emosi mereka sertamerta dan ada pula yang belajar
menghalang dan menyekat emosi mereka tetapi akan
mengeluarkan
perasaan geram itu pada suatu masa yang lebih sesuai.
Apabila seseorang kanak-kanak itu
meluapkan perasaannya, ia sering dikatakan
sebagai
tidak matang oleh orang lain. Sebaliknya jika emosi geramnya itu dipendam ia
akan
merasa murung dan ini akan menyebabkannya menjadi biadab, lekas marah, bengis,
tidak mahu bekerjasama dan merenung tentang
dirinya sendiri.Emosi yang tinggi akan
menyebabkan
kanak-kanak itu merasa gelisah, gentar dan kurang senang.
Emosi dominan yang dialami oleh kanak-kanak
biasannya lebih mempengaruhi
personaliti
kanak-kanak jika dibandingkan dengan emosi ketegangan yang menyeluruh.
Persekitaran
pula sering menggalakkan pola-pola emosi yang tidak baik. Sebagai contoh
perasaan
risau atau susah hati yang terlalu banyak dan selalu akan melemahkan
keyakinan
kendirinya. Orang dewasa pula akan menilai tingkahlaku kanak-kanak dengan
cara
yang positif apabila kanak-kanak tersebut menyekat atau mengawal perasaannya
yang
meluap.
6) Pengalaman awal Kanak-kanak.
Pengalaman ketiga kanak-kanak dan
ingatan tentang pengalaman ini meninggalkan
kesan-kesan
terhadap personaliti individu yang kekal.Kekurangan kemesraan ibu
ataupenjaga
ketika awal kanak-kanak serta deprivasi emosi akan mempengaruhi
perkembangan
personaliti kanak-kanak.Jika deprivasi ini tidak lama kesannya tidak
begitu
banyak atau kekal. Kajian menunjukkan bahawa tindak balas , sikap dan emosi ibu
di
dalam keseluruhan konteks kebudayaan di dala persekitaran kanak-kanak dan
faktorfaktor lain di dalam pengalaman kanak-kanak penting dalam menentukan
pola-pola
personalitinya.
Sikap ibu yang menyebabkan kanak-kanak merasa bimbang dan bersalah
khususnya
ketika membuang air kecil atau besar, pasti akan menjejaskan personalitinya.
7) Pengaruh Keluarga
Kehidupan kanak-kanak ditentukan oleh
ibu bapanya. Keluarga yang sering
bertengkar,
bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak,
bercerai,
terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi dan
penyesuaian
kanak-kanak yang tidak stabil.
Keluarga dan ahli keluarga yang mesra,
demokratik dan ibu bapa yang memenuhi
keperluan
kanak-kanak akan meningkatkan
penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak
kanak
yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi
ego
yang lebih tinggi, ketabahan dan
ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti
kanak-kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih
sayang
dan minat terhadap kana-kanak itu sebagai seorang individu.
8) Pengaruh Kebudayaan
Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar
membentuk pola personaliti
yang
sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola
personaliti
yang diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak
kecil
lagi ibu bapa melatih anak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka
dengan
itu, cara kanak-kanak dididik ketika
membesar merupakan pengaruh terbesar
terhadap
jenis personaliti yang akan dibentuknya.
9) Pengaruh Kawan
Apabila di sekolah, kanak-kanak akan
membentuk trait personaliti yang disanjung
oleh
kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu
mengikut
pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.
Kanak-kanak
yang kadang-kadang memegang kedudukn pimpinan di dalam pimpinannya
akan
mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak
disukai
oleh kawan-kawannya akan merasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah
terhadap
kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.
10) Pengaruh Sekolah
Guru memainkan peranan penting dalam
perkembangan personaliti kanak-kanak.
Secara
langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanakkanak
itu sendiri dengan cara-cara guru membetulkan tingkahlakunya. Mereka mula
melihat
diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’,
‘pengancam’,
‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’. Guru mempengaruhi
penerimaan
sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak.
Pola-pola personaliti guru akan
mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang
bersifat
mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja
sekolah
dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan
memusnahkan
motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir. Sejauhmana guru mempengaruhi
personaliti murid akan bergantung juga kepada
jumlah
interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga
dapat
mempengaruhi
personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan
serba
kekurangan , tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang
mendapat
gred yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah
dan
penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menetukan
sama
ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau sebagai
gagal,
bodoh dan tidak berguna.
11) Pengaruh Sosio-Budaya Keatas
Kanak-Kanak
Kanak-kanak
tidak berkembang di dalam sebuah vakum.
Perkembangan kanak-kanak
dipengaruhi
oleh perhubungan sosial di dalam keluarga, kejiranan, komuniti, negara dan
dunia
tempat mereka tinggal dan dibesarkan.
Dalam konteks ini, perkembangan kanakkanak dipengaruhi oleh ibu bapa,
adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan, rakan
sebaya,
orang dewasa yang ada hubungan dengan mereka, sekolah, rumah-rumah ibadah
dan
kumpulan atau pertubuhan dimana mereka adalah sebahagian daripadanya. Pola
pengaruh
sosial keatas kanak-kanak seperti yang dimaksudkan di atas telah digambarkan
oleh
Bronfenbrenner (1979, 1987) di dalam model “ecological” seperti yang dipetik
oleh
Rice (2000)
No comments:
Post a Comment