LAPORAN PEMBENTANGAN INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK (INPS)
1.0
PENGENALAN
INPS
Pennings (dalam
Elizur 1984) menyatakan bahawa nilai
sebagai unsur-unsur penting dalam ruang rujukan seseorang individu.
Sementara itu, nilai mengikut Rosenberg (1953) bermaksud
sesuatu yang diminati, diperlukan dan dikehendaki ; keinginan seseorang itu
untuk menjadi, merasakan, menyumbang, menikmati atau melakukannya sebagai
ibadah.
Menurut
Katz, nilai yang dipegang oleh seseorang adalah penentu kepada pemilihan
kerjaya (dalam Herr & Cramer 1979). Oleh yang demikian, pengukuran objektif
tentang struktur hierarki nilai-nilai tersebut akan memberikan individu data
input yang penting untuk membuat
keputusan kerjaya. Biasanya
pengukuran ini semata-mata menjelaskan apa yang seseorang itu telah ketahui.
Nilai pekerjaan ini kadangkala disalahertikan sebagai minat pekerjaan.
Sebenarnya, nilai pekerjaan dan minat pekerjaan adalah terdiri daripada dua
domain yang amat berbeza, setiap satunya mengukur pembolehubah yang berbeza (Breme
& Cockriel dalam Herr & Cramer 1979).
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS)
adalah inventori yang digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai yang dianggap
penting oleh seseorang individu. Inventori Nilai Pekerjaan ini mempunyai format
jawapan skala likert iaitu Sangat Suka (SS), Suka (S), Tidak Pasti (TP), Tidak
Suka (TS) dan Sangat Tidak Suka (STS). Gerak balas individu kepada item-item
yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai
pekerjaan individu.
Alat
ukuran INPS dapat mengukur enam kategori nilai pekerjaan iaitu konteks,
hubungan, fungsi, ganjaran, cita rasa dan monotoni yang terdiri daripada 21
nilaiI pekerjaan. Ujian ini terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Bahagian I : Deskripsi Pekerjaan dan Bahagian II :
Perbandingan Nilai Pekerjaan.
2.0
LATAR
BELAKANG INPS
Gelatt (2962)
dan Katz (1975) (dalam Zunker 1982) telah mengenal pasti nilai sebagai salah
satu daripada komponen yang penting dalm membuat keputusan kerjaya. Zunker
(1982) pula menganggap bahawa pengukuran nilai adalah bertindan dengan
pengukuran minta dan personaliti. Oleh itu, pemilihan jenis-jenis inventori
untuk tujuan perkhidmatan bimbingan dan kerjaya bergantung pada tujuan
menggunakan keputusan ujian yang akan diperoleh.
Menurur Zytowsky (dalam Pietrofesa,
Leonard & Giroux 1975), pembentukan beberpa inventori nilai pekerjaan
adalah lebih nyata untuk kegunaan kaunseling dan membuat ramalan berbanding
tujuan untuk menguji hipotesis yang berkaitan dengan tingkah laku pekerjaan.
Beberapa contoh inventori nilai pekerjaan yang biasa digunakan termasuklah Hammond’s Occupational Attitude Rating
Scales (OARS), Steffire’s Vocational
Values Inventory (VVI), Super’s Work
Values Inventory (WVI) dan Minnesota
Importance Questionnaire (MIQ).
Alat
ukuran INPS mengandungi dua bahagian yang perlu dijawab iaitu bahagian A -
Deskripsi Pekerjaan dan bahagian B - Perbandingan Pekerjaan. Bahagian A
mengandungi 21 soalan yang memerlukan pengguna menyatakan keinginan terhadap
nilai pekerjaan tersebut. Manakala bahagian B mengandungi 21 agen yang mana
dalam setiap agen mengandungi 5 nilai pekerjaan yang perlu dibandingkan antara
satu sama lain untuk menunjukkan kecenderungan minat pengguna antara lima jenis nilai tersebut.
Inventori
ini mengandungi 2 pecahan soalan untuk mengetahui nilai luaran yang
mempengaruhi seseorang (bahagian A) dan nilai dalaman yang seseorang miliki
(bahagian B). INPS ini dapat mengukur 21 jenis nilai pekerjaan menggunakan
skala likert 5 mata, iaitu Sangat Suka, Suka, Tidak Pasti, Tidak Suka dan
Sangat Tidak Suka.
21
nilai-nilai pekerjaan yang diukur dalam INPS adalah manusia, data, benda,
pembantu, altruisme, pemimpin, autonomi, intelektual, kreatif, kejayaan,
organisasi, keuntungan, promosi, masa lapang, pengiktirafan, sokongan,
keselamatan, kebudayaan, agama, kepelbagaian dan aktiviti.
3.0
CARA
MENTADBIR INPS
Inventori Nilai
Pekerjaan Sidek (INPS) mestilah ditadbirkan di dalam bilik yang selesa dan
kondusif . Bilik mestilah mempunyai
peralatan-peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan jauh daripada
kebisingan dan lain-lain gangguan. Bilik yang mempunyai kemudahan hawa dingin
adalah lebih baik dan digalakkan. Masa untuk menyelesaikan ujian ini tidak
ditetapkan namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20
hingga 30 minit .
Sebelum ujian ditadbirkan, arahan-arahan
ujian yang perlu mestilah diberitahu kepada klien. Arahan seperti cara menjawab
soalan, masa untuk menyelesaikan ujian dan arahan-arahan khusus tentang sesuatu
ujian adalah antara perkara-perkara yang mesti diterangkan kepada pengambil
ujian. Klien atau individu yang mengambil ujian juga perlu diingatkan agar
mengikuti segala arahan yang terkandung di muka surat depan kertas ujian .
Seterusnya
untuk menginterprestasi skor yang diperoleh adalah penting sekali ditadbir
dengan berhati-hati agar tidak tersalah tafsir yang boleh menyebabkan
penyelewengan interprestasi INPS ini.
Justeru, sebelum mentadbir INPS ini adalah perlu difaham dengan jelas
terlebih dahulu agar maklumat yang disampaikan adalah tepat.
4.0
PENGIRAAN
SKOR PEMBENTUKAN PROFIL INPS
Pengiraan skor
bagi ujian INPS perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti supaya tidak
berlaku kesilapan ketika mengira jumlah skor individu. Cara pengiraan skor
mestilah diikuti sepenuhnya untuk mendapatkan skor dan profil yang betul dan
tepat. Walaupun cara mengira skor adalah mudah, pentadbir ujian mestilah
berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan. Kesilapan kecil mungkin akan memberi kesan yang besar kepada interprestasi
profil ujian. Di bawah ini terdapat beberapa langkah untuk dijadikan panduan
kepada anda apabila anda memindahkan skor.
Langkah-Langkah Untuk Memindahkan Skor :
1) Anda perlu menjawab inventori di bahagian
A terlebih dahulu iaitu untuk bahagian deskripsi pekerjaan dan anda juga perlu
menjawab inventori di bahagian B iaitu perbandingan pekerjaan. Arahan yang
lengkap untuk menjawab kedua-dua bahagian telah disediakan di bahagian atas
borang INPS tersebut.
2)
Setelah anda selesai menjawab dan menandakan skor di
bahagian A dan di bahagian B, anda dikehendaki untuk memindahkan skor yang
diperoleh di borang jawapan bahagian B ke dalam borang skor inventori INPS.
Dalam proses pemindahan skor tersebut anda haruslah berhati-hati dan perlu
dilakukan dengan penuh teliti supaya tidak berlaku kesilapan. Oleh itu, semasa pemindahan
skor dari bahagian B ke borang skor INPS, anda haruslah memindahkan skor satu persatu
dengan mengikut agen bagi setiap jenis pekerjaan. Sebagai contoh, bagi jenis
pekerjaan manusia, agen 5, skor yang diperoleh adalah 1. anda dikehendaki
mengisi skor setiap agen dengan mengikut jenis pekerjaan sehingga selesai.
3)
Setelah selesai mengisi skor untuk 21 jenis nilai
pekerjaan, anda dikehendaki mengira jumlah skor yang diperoleh mengikut jenis
pekerjaan. Namun, untuk mengira jumlah skor, terdapat formula yang perlu
digunakan dan di ingat.
Anda
perlu mengira jumlah skor bagi 21 jenis nilai pekerjaan yang ada perolehi
sehingga selesai. Perlu diingat bahawa dalam pengiraan jumlah skor anda perlu
menggunakan formula di atas dan jumlah skor yang tertinggi yang boleh diperoleh
adalah 21. Jika anda memperoleh nilai skor yang lebih tinggi daripada skor
tertinggi yang telah dinyatakan, mungkin anda telah melakukan kesilapan semasa
mengira jumlah skor ataupun semasa anda memindahkan skor dari bahagian B ke
borang skor INPS.
4)
Setelah menyempurnakan langkah 3, anda dikehendaki
untuk mengisi borang profil INPS. Di borang ini, anda dikehendaki untuk
memindahkan skor yang diperoleh di bahagian A dan di borang skor INPS
seterusnya anda dikehendaki untuk membina graf daripada skor yang telah diisi.
Untuk mengisi skor di borang ini, anda dikehendaki untuk memindahkan skor di
bahagian A ke dalam kolum deskripsi pekerjaan. Bagi borang skor INPS, anda
perlu memindahkan jumlah skor yang diperoleh bagi setiap jenis pekerjaan ke
borang profil INPS di bahagian kolum nilai pekerjaan. Di kolum tersebut
terdapat angka 1-21 yang terletak di bawah jadual dan angka-angka tersebut
telah dibahagikan mengikut tahapnya seperti sangat rendah, rendah, sederhana
rendah, sederhana, sederhana tinggi, tinggi dan sangat tinggi. Anda dikehendaki
untuk menandakan jumlah skor yang telah anda peroleh pada ruangan kolum yang
disediakan mengikut angka yang berkenaan. Setelah selesai menandakan kesemua 21
jenis pekerjaan anda dikehendaki untuk menyambung tanda tersebut dengan jenis
pekerjaan yang berkenaan dan juga angka yang terdapat di bawah jadual. Kesemua
21 tanda perlu disambung dengan menggunakan pembaris. Setelah selesai membina
graf, anda boleh meneruskan proses menginteprestasi profil INPS.
5.0
PENTAFSIRAN
PROFIL INPS
Umumnya, pentafsiran profil INPS adalah berasaskan
kepada enam kategori nilai pekerjaan. Enam kategori pekerjaan yang ada ialah
kategori konteks yang mengandungi aspek
manusia, data dan benda, kategori hubungan yang mengandungi pembantu,
altruisme, pemimpin dan autonomi, kategori fungsi yang mengandungi intelektual,
kreatif, kejayaan dan organisasi, kategori ganjaran yang mengandungi
keuntungan, promosi, masa lapang, pengiktirafan, sokongan dan keselamatan,
kategori citarasa yang mengandungi kebudayaan dan agama, dan akhir sekali
kategori monotoni yang mengandungi aspek kepelbagaian dan aktiviti.
Fokus
utama adalah diberikan kepada skor tertinggi, skor sederhana dan skor terendah.
Skor 16 hingga 21 dianggap tinggi, skor 7 hingga 15 dianggap sederhana
sementara 1 hingga 6 dianggap rendah. Skor tinggi menunjukkan nilai tersebut
sangat penting kepada individu, sementara skor rendah menunjukkan bahawa nilai
tersebut adalah tidak penting kepada individu. Kesemua skor yang diperolehi seharusnya
diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran profil INPS yang diperoleh
berhubung dengan nilai-nilai tersebut adalah seperti berikut :
1. Kategori
Konteks
Manusia
Skor tinggi
(16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi daripada segi
konteks terhadap manusia. Dari segi pekerjaan, banyak masa digunakan untuk berhubung
dan berinteraksi dengan orang lain. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini
sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak
begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.
Data
Skor tinggi
(16-21) menunjukkan individu memberikan nilaian yang tinggi daripada segi
konteks terhadap data. Dari segi pekerjaan, banyak masa digunakan untuk bekerja
dengan data. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting,sementara skor rendah (1-6)
menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan
individu.
Benda
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi daripada segi konteks terhadap benda. Dari segi
pekerjaan, banyak masa digunakan untuk bekerja dengan benda. Skor sederhana (7-15)
menunjukkan nilai ini sederhana penting, sementara skor rendah (1-6)
menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan
individu.
2. Kategori Hubungan
Pembantu
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada hubungan pembantu. Dari segi pekerjaan,
individu perlu bertanggungjawab kepada orang lain, mengikut peraturan dan
arahan. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting, sementara skor rendah (1-6)
menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan
individu.
Altruisme
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada hubungan altruisme. Dari segi pekerjaan,
individu perlu menunjukkan ciri-ciri baik hati, suka menolong, memberi
perhatian, murah hati dan mengasihi orang lain. Skor sederhana (7- 15)
menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah
(1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam
kehidupan individu.
Pemimpin
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada hubungan sebagai pemimpin. Dari segi
pekerjaan, individu mempunyai pengaruh dan prestij, berautoriti, di samping
mempunyai tanggungjawab yang berat
terhadap orang lain. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di
tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini
tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.
Autonomi
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada hubungan autonomi. Dari segi pekerjaan,
individu inginkan kebebasan dalam melakukan sesuatu dan membuat keputusan di
samping berinisiatif dan berdikari. Skor sederhana (7-15) menunjukkann nilai
ini sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak
begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.
3. Kategori Fungsi
Intelektual
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada fungsi intelektual. Dari segi pekerjaan,
individu perlu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti keilmuan di samping
cintakan kebenaran. Skor sederhana (7 -15) menunjukkan nilai ini berada di
tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan bahawa nilai
ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.
Kreatif
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada fungsi kreatif. Dari segi pekerjaan,
individu perlu menunjukkan dan mempraktikkan ciri-ciri keaslian dan ketulenan.
Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai
ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan
nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.
Kejayaan
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepad fungsi kejayaan. Dari segi pekerjaan, individu
perlu mempunyai cita-cita dan pencapaian tinggi, di samping perlu bekerja
keras. Individu juga perlu melakukan kerja-kerja yang mencabar dan rumit yang
memerlukan semangat dan kesungguhan. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana penting,
sementara skor rendah (1-6), menunjukkan bahawa nilai pekerjaan ini tidak
begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.
Organisasi
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada fungsi organisasi. Dari segi pekerjaan,
individu perlu memiliki ciri-ciri struktur yang tinggi, kekemasan dan
ketelitian. Individu perlu
melakukan sesuatu secara sistematik kerana ralat-ralat kecil tidak dapat
diterima. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana
penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting
atau tidak penting dalam kehidupan individu.
4. Kategori Ganjaran
Keuntungan
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran keuntungan. Dari segi pekerjaan,
individu akan mencari pekerjaan yang memberikan faedah ekonomi yang tinggi dan
peluang untuk menjadi kaya. Skor yang sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini
berada di tahap sederhana penting. Skor rendah (1-6) pula menunjukkan bahawa
nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.
Promosi
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran promosi. Dari segi pekerjaan,
individu akan mencari pekerjaan yang memberikan peluang untuk kenaikan pangkat
dan meningkat maju. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana
penting, semenrara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting
atau tidak penting dalam kehidupan individu.
Masa Lapang
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran masa lapang. Dari segi
pekerjaan, individu akan mencari pekerjaan yang waktu kerjanya pendek agar
mempunyai banyak masa untuk berehat, bergembira dan meneruskan kegemararan
harian. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana
penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting
atau tidak penting dalam kehidupan individu.
Pengiktirafan
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada
ganjaran pengiktirafan. Dari segi pekerjaan, individu akan mencari
pekerjaan yang akan memberikan peluang kepada dirinya urrtuk dikenali, dipuja
dan dianggap penting oleh orang lain. Individu mempunyai martabat tinggi serta
menjadi tumpuan umum. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di
tahap sederhana penting. Sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini
tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan
individu.
Sokongan
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran berupa sokongan. Dari segi
pekerjaan individu mencari pekerjaan yang menyokong dan mesra dengan ketua dan
rakan-rakan memahami dan bertimbang rasa, memberi galakan serta dorongan. Skor
sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara
skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting
dalam kehidupan individu.
Keselamatan
Skor tinggi (16-21) untuk nilai ini menunjukkan
individu memberikan nilaian yang tinggi kepada ganjaran keselamatan. Dari segi pekerjaan, individu akan mencari
pekerjaan-pekerjaan yang akan memberikan jaminan dari segi pekerjaan serta
pendapatan. Kedudukan kewangan individu adalah stabil dan tidak dipengaruhi
oleh kesempitan hidup. Skor sederhana (7-15) menunjukkan yang nilai ini berada
di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan bahawa
nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam
kehidupan individu.
5. Kategori Citarasa
Kebudayaan
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu memberikan
nilaian yang tinggi kepada aspek kebudayaan. Dari segi pekerjaan, individu akan
mencari pekerjaan yang memberikannya peluang untuk menghargai dan menikmati
seni, bentuk, imbangan, kelembutan, kecantikan dan kebudayaan. Skor sederhana
(7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah (1-6)
menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan
individu.
Agama
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada aspek agama dalam kehidupannya. Dari segi
pekerjaaan, individu akan mencari pekerjaan yang memberikannya peluang untuk
berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai yang berkaitan dengan
agama yang dianuti. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini sederhana
penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting
atau tidak penting dalam kehidupan individu.
6. Kategori Monotoni
Kepelbagaian
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada nilai kepelbagaian. Dari segi pekerjaan, individu
akan mencari pekerjaan yang akan memberikannya peluang untuk berhadapan dengan
masalah-masalah baru yang berbeza. Risiko dalam pekerjaan tidak dapat
dielakkan. Skor sederhana (7-15) menunjukkan nilai ini berada di tahap
sederhana penting, sementara skor rendah (1-6) menunjukkan nilai ini tidak
begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.
Aktiviti
Skor tinggi (16-21) menunjukkan individu
memberikan nilaian yang tinggi kepada nilai aktiviti. Dari segi pekerjaan,
individu akan mencari pekerjaan yang memberikannya peluang untuk melibatkan
diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal yang memerlukan kesihatan dan ketabahan
yang tinggi. Tenaga dan kekuatan adalah sangat diperlukan. Skor sederhana (7-15)
menunjukkan nilai ini berada di tahap sederhana penting, sementara skor rendah
(1-6) menunjukkan nilai ini tidak begitu penting atau tidak penting dalam kehidupan individu.
6.0
SOALAN INPS
6.1 SOALAN
BAHAGIAN A - DESKRIPSI PEKERJAAN
INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK
Sidek’s Occupational Value Inventory
INPS TM
BAHAGIAN A : DESKRIPSI PEKERJAAN
Arahan :
A. Baca setiap deskripsi nilai pekerjaan
berikut dengan teliti.
B. Setelah membaca setiap deskripsi
pekerjaan, nyatakan keinginan anda terhadap nilai pekerjaan tersebut dengan
membulatkan nombor yang mewakili keinginan anda berpandukan kekunci jawapan
berikut :
Sangat Suka
|
SS
|
5
|
Suka
|
S
|
4
|
Tidak Pasti
|
TP
|
3
|
Tidak Suka
|
TS
|
2
|
Sangat Tidak Suka
|
STS
|
1
|
1.
MANUSIA
Keperluan utama pekerjaan jenis ini ialah anda
mesti suka kepada aktiviti-aktiviti yang berorientasikan manusia. Banyak masa anda akan digunakan untuk
berhubung dan berinteraksi dengan orang lain.
Peranan anda termasuklah menyelia, memujuk dan menolong. Selain itu beberapa aktiviti lain yang mungkin
akan anda lakukan termasuklah mengajar, mengubati, memperkembang, memberi
khidmat kaunseling serta memberi nasihat kepada individu yang memerlukan.
2.
DATA
Ciri-ciri utama
pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki bekerja dengan idea-idea, maklumat-maklumat
dan rekod-rekod. Anda mungkin perlu mengumpul maklumat, membanding,
menyalin di samping berkemungkinan melakukan kerja-kerja menyelaras dan
menganalisis data. Kebolehan membuat
kesimpulan dan rumusan daripada data-data yang ada mungkin juga diperlukan di
dalam pekerjaan jenis ini. Minat anda
yang mendalam untuk bermain-main dengan data akan memungkinkan anda berjaya di
dalam kerjaya ini.
3.
BENDA
Pekerjaan ini memerlukan anda bekerja
dengan objek sama ada objek kecil atau objek besar. Anda adalah dikehendaki
mengendalikan dan menyelenggara objek daripada kerja yang sehalus-halusnya
hinggalah kepada operasi jentera-jentera yang besar dan kompleks. Perhubungan
sesama manusia adalah minima. Anda mungkin terlibat dalam merekabentuk,
merekacipta, membina dan memperbaiki benda-benda.
4.
PEMBANTU
Pekerjaan jenis ini memerlukan anda
bertanggungjawab kepada orang lain, mengikut undang-undang dan
peraturan-peraturan. Anda adalah dikehendaki supaya sentiasa mengikut arahan
ketua serta memberi arahan penuh kepada tugas yang diberikan kepada anda. Anda
juga dikehendaki membuat sesuatu mengikut apa yang telah dipersetujui.
Kesediaan anda untuk diarah daripada melakukan sesuatu mengikut kehendak diri
memungkinkan anda berjaya dalam kerjaya jenis ini.
5.
ALTRUISME
Ciri-ciri
seperti suka menolong dan mengasihi orang lain adalah ciri-ciri yang penting
untuk pekerjaan jenis ini. Banyak masa kerja anda dihabiskan dengan kerja-kerja
kebajikan. Anda mungkin dikehendaki membina hubungan dengan orang yang tidak
mempunyai kawan, menolong mereka yang tidak atau kurang bernasib baik serta
orang lain yang memerlukan pertolongan.
6.
PEMIMPIN
Ciri-ciri
utama dalam pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki memegang jawatan yang
mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang berat. Anda perlu memberitahu tentang
apa yang perlu mereka buat, mengarah dan mengawal tingkah laku mereka. Anda
juga bertanggungjawab untuk membuat keputusan-keputusan penting bagi kumpulan.
Anda akan dianggap sebagai ketua yang mempunyai prestij dan pengaruh yang membuatkan
orang lain menghormati dan bertanggungjawab kepada anda.
7.
AUTONOMI
Autonomi dan kebebasan adalah merupakan
unsur-unsur yang penting di dalam pekerjaan jenis ini. Anda dengan bebas boleh
pergi dengan balik dari tempat kerja sesuka hati. Anda juga bebas menjadual
masa bekerja dan melakukan kerja mengikut cara yang anda suka. Kebebasan dalam
membuat keputusan sendiri dan berinisiatif merupakan kunci kepada kejayaan
anda.
8.
INTELEKTUAL
Pekerjaan jenis ini melibatkan banyak masa
anda untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.
Kerja-kerja anda banyak melibatkan fikiran demi mencari kebenaran serta
menambah khazanah ilmu pengetahuan. Daya imaginasi dan taakulan adalah perlu,
begitu juga kebolehan anda mengatur dan menyusun ilmu pengetahuan. Dalam
kerja-kerja yang melibatkan perkara-perkara abstraks dan teoritikal, anda
mungkin dikehendaki mengkritik, menyoal, menganalisis serta menggabungjalinkan
segala keterangan-keterangan yang ada.
9.
KREATIF
Pekerjaan
jenis ini memerlukan individu yang mempunyai idea-idea dan persembahan diri
yang unik. Gaya
hidup yang individualistik mungkin amat sesuai untuk bidang kerjaya jenis ini.
Ketulenan dan keaslian dalam merekacipta adalah dipraktik dalam penyelesaian
masalah dan penyelenggaraan kerja. Kebolehan untuk menghasilkan idea-idea baru
dan cara mempersembahkannya secara unik dan tersendiri adalah suatu kemestian.
10.
KEJAYAAN
Kejayaan
dan pencapaian yang tinggi merupakan keperluan dan ciri-ciri utama pekerjaan
jenis ini. Matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi adalah dikehendaki.
Anda akan menghadapi kerja-kerja yang mencabar dan mungkin juga masalah-masalah
yang berat dan rumit. Jika anda mempunyai semangat dan kesungguhan lebih
daripada yang biasa dimiliki oleh kebiasaan orang, berkemungkinan besar anda
akan berjaya di dalam pekerjaan ini.
11.
ORGANISASI
Salah
satu pra syarat yang perlu ada untuk pekerjaan jenis ini adalah kebolehan anda
untuk menyusun dan menyelenggara barang-barang di bawah jagaan anda supaya
kelihatan kemas dan teratur. Anda
perlu menysun segala peristiwa sama ada yang telah atau yang akan brlaku secara
sistematik dan teliti. Dalam menjalankan tugas-tugas seharian anda, kecuaian
dan ralat-ralat kecil biasanya tidak dapat diterima. Kebolehan anda menyusun sesuatu kerja lebih awal
dan terperinci adalah perlu dan amat ditekankan.
12.
KEUNTUNGAN
Pekerjaan jenis ini memberikan peluang
kepada anda untuk menjadi lebih kaya. Kerjaya jenis ini memberikan faedah
ekonomi yang tinggi yang memungkinkan anda berupaya memiliki barang-barang berkualiti
tinggi yang anda inginkan seperti rumah, kereta, pakaian dan lain-lain lagi.
Walaupun kadang-kala anda terpaksa berhadapan dengan risiko, tetapi potensi
untuk mendapatkan keuntungan yang besar adalah tinggi.
13.
PROMOSI
Ciri-ciri
utama pekerjaan jenis ini ialah adanya kenaikan pangkat, yang memberikan anda
peluang untuk maju ke hadapan selangkah demi selangkah. Anda mempunyai peluang
untuk naik ke atas menjadi orang yang berpengaruh dan berautoriti. Walaupun
anda mungkin terpaksa memulakan kerjaya anda dengan jawatan yang rendah, anda
boleh meningkat dengan cepat di dalam sesebuah organisasi.
14.
MASA LAPANG
Ciri-ciri
utama pekerjaan jenis ini ialah ia tidak mengganggu kehidupan anda di luar masa
kerja. Waktu kerja anda adalah pendek dan anda mempunyai banyak masa untuk
bercuti. Anda akan mempunyai banyak masa untuk bergembira dan anda juga
berpeluang untuk meneruskan kebenaran, minat dan aktiviti-aktiviti harian anda.
15.
PENGIKTIRAFAN
Dalam pekerjaan jenis ini, anda akan
menjadi perhatian dan tumpuan masyarakat umum. Anda akan dikenali dan dianggap
penting oleh sebahagian besar ahli masyarakat. Nama dan wajah anda akan
dikenali secara meluas. Pujian kepada diri anda dan kerja-kerja yang anda
lakukan adalah banyak. Kedudukan anda mempunyai martabat yang tinggi dan
dianggap penting oleh ahli menyarakat.
16.
SOKONGAN
Persekitaran kerja dalam pekerjaan jenis
ini amat menyokong anda. Sebagai seorang pekerja dan sebagai seorang individu,
anda akan dilayan dengan kasih sayang dan kebaikan. Ketua dan pembantu-pembantu anda amat
memahami, bertimbangrasa dan selalu memberi galakan dan dorongan. Mereka begitu
mengambil berat tentang keselesaan dan kesejahteraan anda. Anda juga biasanya
ditawarkan bantuan jika anda memerlukan.
17. KESELAMATAN
Pekerjaan jenis ini membolehkan anda
merasa bebas daripada kebimbangan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
Anda merasa selamat dengan perubahan–perubahan semasa yang berlaku di
sekeliling anda kerana anda mengetahui kehidupan anda dan keluarga anda stabil,
kekal dan boleh dijangkakan. Secara keseluruhan pendapatan anda tidak
dipengaruhi oleh kesempitan hidup.
18. KEBUDAYAAN
Untuk berjaya di dalam kerjaya ini anda
mestilah berkebolehan menikmati dan menghargai seni. Keupayaan anda untuk
menghayati bentuk , imbangan , kelembutan, keharmonian dan kecantikan sesuatu
benda adalah amat berguna dan berharga. Anda mungkin dikehendaki supaya
memperkembangkan minat dan penghargaan terhadap seni dan budaya.
19. AGAMA
Salah satu pra-syarat utama untuk berjaya
di dalam pekerjaan ini adalah mesti mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan
luas. Anda akan selalu terlibat dengan aktiviti–aktiviti yang berkaitan dengan
keagamaan, peluang untuk berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi
nilai-nilai yang berkaitan dengan agama adalah merupakan tanggungjawab yang
diberikan kepada anda.
20. KEPELBAGAIAN
Pekerjaan jenis ini memerlukan anda
berhadapan dengan keadaan-keadaan dan masalah-masalah baru dan berbeza untuk
diselesaikan. Anda mungkin dikehendaki mengendali dan membuat penyelidikan
berkaitan dengan persekitaran fizikal dan sosial anda. Banyak masa anda mungkin
akan dihabiskan untuk perjalanan ke tempat-tempat yang tidak biasa. Risiko sama
ada kecil atau besar tidak dapat dielakkan. Anda mesti bersedia untuk mengalami
perubahan yang akan berlaku.
21. AKTIVITI
Satu daripada keperluan utama pekerjaan
jenis ini minat dan cinta anda kepada aktiviti-aktiviti yang berbentuk fizikal.
Anda perlu kecergasan yang tinggi. Kesihatan, kekuatan dan ketabahan yang
tinggi adalah satu kemestian. Anda mungkin dikehendaki mengangkat benda-benda
berat, berkerja di dalam bangunan dan mungkin juga di luar bangunan. Minat
terhadap pergerakan yang memerlukan tenaga dan kekuatan adalah perlu untuk
kejayaan dalam bidang kerjaya ini.
6.2
SOALAN BAHAGIAN
B - PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN
BAHAGIAN B : PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN
Arahan :
Pada setiap agen, pilih mana daripada 5
pekerjaan yang anda paling suka dan bulatkan nombor 5 di sebelah nama pekerjaan
itu. Bulatkan nombor 4 di sebelah nama pekerjaan yang kedua anda sukai.
Bulatkan nombor 3 bagi pekerjaan pilihan ketiga, nombor 2 bagi pekerjaan
pilihan keempat dan akhirnya nombor 1 bagi pilihan kelima. Tidak ada dua atau
lebih pekerjaan dalam agen tertentu yang mempunyai nombor yang sama. Sila gunakan
sistem ini untuk membuat pemilihan bagi setiap agen yang disenaraikan.
Frasa-frasa berikut menerangkan setiap
pekerjaan dengan ringkas sekali lagi. sila rujuk diskipsi lengkap di bahagian A
sekiranya frasa yang disediakan masih tidak jelas dan tidak dapat membantu anda
dalam membuat pangkatan.
1. MANUSIA
Banyak masa
digunakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan manusia.
2. DATA Bekerja dengan nombor-nombor, idea, maklumat serta
rekod termasuk menyelaras dan menganalisis data.
3. BENDA Berkerja
dengan objek sama ada kecil atau besar termasuk merekacipta dan memperbaiki
benda.
4. PEMBANTU
Bertanggungjawab
kepada orang lain, mengikut peraturan dan arahan.
5. ALTRUISME
Baik hati, suka
menolong, memberi perhatian, murah hati dan mengasihi orang lain.
6. PEMIMPIN
Mempunyai pengaruh
dan prestij. Berautoriti tetapi mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap
orang lain.
7. AUTONOMI
Kebebasan melakukan
sesuatu dan membuat keputusan, beriniasitif dan berdikari dalam melakukan
sesuatu.
8. INTELEKTUAL Melibatkan banyak masa dengan aktiviti
keilmuan dan cintakan kebenaran.
9. KREATIF Keaslian
dan ketulenan dipraktikkan dalam menyelesaikan masalah dan penyelenggaraan kerjasama.
10. KEJAYAAN
Mempunyai cita-cita dan
pencapaian yang tinggi. Perlu
bekerja keras, kerja-kerja yang dilakukan sangat mencabar dan rumit. Perlukan
semangat dan kesungguhan untuk berjaya.
11. ORGANISASI
Stuktur, kekemasan dan
ketelitian dalam menjalankan tugas adalah suatu keperluan dan kemestian. Perlu
sistematik dan ralat-ralat kecil tidak dapat diterima.
12. KEUNTUNGAN Faedah ekonomi yang tinggi dan mempunyai
peluang yang besar untuk menjadi kaya.
13. PROMOSI Adanya
peluang kenaikan pangkat yang memberi ruang untuk maju dan meningkat.
14. MASA LAPANG Waktu kerja yanga pendek, terdapat
banyak masa untuk berehat, bergembira dan meneruskan kegemaran serta hobi anda.
15. PENGIKTIRAFAN Dikenali, dipuja dan dianggap penting oleh
orang ramai. Kedudukan
mempunyai martabat serta menjadi tumpuan umum.
16. SOKONGAN
Persekitaran kerja yang
menyokong dan mesra. Ketua dan rakan memahami dan betimbang rasa, memberi
galakan dan dorongan.
17. KESELAMATAN Bebas
daripada kebimbangan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Kedudukan
kewangan stabil dan tidak dipengaruhi oleh kesempitan hidup.
18. KEBUDAYAAN
Menghargai dan menikmati
seni, bentuk, imbangan, kelembutan, kecantikan dan kebudayaan.
19. AGAMA Berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai yang
berkaitan dengan agama.
20. KEPELBAGAIAN Berhadapan dengan masalah-masalah baru
yang berbeza
serta risiko yang tidak dapat dielakkan.
21. AKTIVITI Aktiviti-aktiviti fizikal di mana kesihatan dan ketabahan yang
tinggi diperlukan. Perlu
tenaga dan kekuatan.
7.0
BORANG JAWAPAN INPS
7.1 BORANG
JAWAPAN BAHAGIAN A - DESKRIPSI PEKERJAAN
NAMA
|
|
JANTINA
|
|
UMUR
|
|
PENDIDIKAN
|
|
PEKERJAAN
|
|
NO K.P
|
|
TARIKH
|
|
BAHAGIAN A : DESKRIPSI PEKERJAAN
Arahan :
Tandakan keutamaan pekerjaan anda dengan membulatkan nombor yang mewakili
jawapan anda berpandukan kekunci jawapan
berikut :
Sangat Suka
|
SS
|
5
|
Suka
|
S
|
4
|
Tidak Pasti
|
TP
|
3
|
Tidak Suka
|
TS
|
2
|
Sangat Tidak Suka
|
STS
|
1
|
1. Manusia 5 4
3 2 1 12. Keuntungan 5 4
3 2 1
2. Data 5 4
3 2 1 13. Promosi 5 4
3 2 1
3. Benda 5 4
3 2 1 14. Masa Lapang 5 4
3 2 1
4. Pembantu 5 4
3 2 1 15. Pengiktirafan 5 4
3 2 1
5. Altruisme 5 4
3 2 1 16. Sokongan 5 4
3 2 1
6. Pemimpin 5 4
3 2 1 17. Keselamatan 5 4
3 2 1
7. Autonomi 5 4
3 2 1 18. Kebudayaan 5 4
3 2 1
8.
Intelektual 5 4
3 2 1 19. Agama 5 4
3 2 1
9. Kreatif 5 4
3 2 1 20. Kepelbagaian 5 4
3 2 1
10. Kejayaan
5 4
3 2 1 21. Aktiviti 5 4
3 2 1
11. Organisasi 5
4 3 2
1
|
7.2 BORANG JAWAPAN BAHAGIAN B - PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN
BAHAGIAN B :
PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN
Arahan :
Tandakan keutamaan pekerjaan anda dengan membulatkan nombor yang
mewakili jawapan anda berpandukan kekunci jawapan berikut
:
Sangat Suka
|
SS
|
5
|
Suka
|
S
|
4
|
Tidak Pasti
|
TP
|
3
|
Tidak Suka
|
TS
|
2
|
Sangat Tidak Suka
|
STS
|
1
|
A
|
Kreatif
|
|
A
|
Keuntungan
|
|
A
|
Organisasi
|
|
G
|
Data
|
|
G
|
Kreatif
|
|
G
|
Intelektual
|
|
E
|
Keselamatan
|
|
E
|
Autonomi
|
|
E
|
Keuntungan
|
|
N
|
Agama
|
|
N
|
Benda
|
|
N
|
Sokongan
|
|
|
Benda
|
|
|
Altrurisme
|
|
|
Kreatif
|
|
1
|
|
|
2
|
|
|
3
|
|
|
A
|
Data
|
|
A
|
Kebudayaan
|
|
A
|
Pengiktirafan
|
|
G
|
Promosi
|
|
G
|
Aktiviti
|
|
G
|
Manusia
|
|
E
|
Intelektual
|
|
E
|
Data
|
|
E
|
Altrurisme
|
|
N
|
Pengiktirafan
|
|
N
|
Manusia
|
|
N
|
Aktiviti
|
|
|
Pembantu
|
|
|
Masa Lapang
|
|
|
Pemimpin
|
|
4
|
|
|
5
|
|
|
6
|
|
|
A
|
Keselamatan
|
|
A
|
Aktiviti
|
|
A
|
Promosi
|
|
G
|
Masa Lapang
|
|
G
|
Agama
|
|
G
|
Organisasi
|
|
E
|
Organisasi
|
|
E
|
Benda
|
|
E
|
Autonomi
|
|
N
|
Kejayaan
|
|
N
|
Masa Lapang
|
|
N
|
Intelektual
|
|
|
Pengiktirafan
|
|
|
Keuntungan
|
|
|
Data
|
|
7
|
|
|
8
|
|
|
9
|
|
|
A
|
Masa Lapang
|
|
A
|
Agama
|
|
A
|
Pembantu
|
|
G
|
Benda
|
|
G
|
Pemimpin
|
|
G
|
Kebudayaan
|
|
E
|
Agama
|
|
E
|
Aktiviti
|
|
E
|
Manusia
|
|
N
|
Kepelbagaian
|
|
N
|
Promosi
|
|
N
|
Pemimpin
|
|
|
Intelektual
|
|
|
Sokongan
|
|
|
Aktiviti
|
|
10
|
|
|
11
|
|
|
12
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
A
|
Sokongan
|
|
A
|
Benda
|
|
A
|
Intelektual
|
|
G
|
Kejayaan
|
|
G
|
Keselamatan
|
|
G
|
Autonomi
|
|
E
|
Promosi
|
|
E
|
Sokongan
|
|
E
|
Pembantu
|
|
N
|
Organisasi
|
|
N
|
Kebudayaan
|
|
N
|
Keselamatan
|
|
|
Keselamatan
|
|
|
Kejayaan
|
|
|
Manusia
|
|
13
|
|
|
14
|
|
|
15
|
|
|
A
|
Manusia
|
|
A
|
Kepelbagaian
|
|
A
|
Altrurisme
|
|
G
|
Pemimpin
|
|
G
|
Pengiktirafan
|
|
G
|
Pembantu
|
|
E
|
Pengiktirafan
|
|
E
|
Kreatif
|
|
E
|
Kejayaan
|
|
N
|
Pembantu
|
|
N
|
Masa Lapang
|
|
N
|
Keuntungan
|
|
|
Promosi
|
|
|
Autonomi
|
|
|
Organisasi
|
|
16
|
|
|
17
|
|
|
18
|
|
|
A
|
Pemimpin
|
|
A
|
Autonomi
|
|
A
|
Kejayaan
|
|
G
|
Keuntungan
|
|
G
|
Sokongan
|
|
G
|
Altrurisme
|
|
E
|
Kepelbagaian
|
|
E
|
Kebudayaan
|
|
E
|
Kepelbagaian
|
|
N
|
Altrurisme
|
|
N
|
Kreatif
|
|
N
|
Data
|
|
|
Kebudayaan
|
|
|
Kepelbagaian
|
|
|
Agama
|
|
19
|
|
|
20
|
|
|
21
|
|
|
Kebolehpercayaan
ujian bermakna ujian itu adalah konsisten (Tuckman 1978). Sesuatu ujian atau
alat ukuran itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor
yang sama diperoleh individu yang sama dengan menjawab ujian atau alat ukuran
yang sama pada masa yang berbeza (Sidek Mohd. Noah 1990).
Indeks
kebolehpercayaan sesuatu alat ukuran adalah suatu pekali yang menunjukkan
konsistensi dan indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi.
Kaedah korelasi bermaksud menghubungkan dua set skor yang diperoleh daripada
hasil gerak balas subjek terhadap item-item dalam pengukuran (Anastasi, 1997).
Murphy dan Davidshover (1998) telah menjelaskan bahawa kegunaan pekali
kebolehpercayaan adalah untuk menyediakan maklumat yang berguna untuk menilai
kualiti sesuatu alat ukuran.
Selain
itu, pekali kebolehpercayaan juga dapat digunakan untuk menunjukkan suatu
maklumat umum yang mempengaruhi skor sebenarnya atau yang salah. Pekali
kebolehpercayaan dapat digunakan untuk dua perkara penting iaitu mentafsir
sejauh mana skor boleh bertindak sebagai hasil pengukuran yang salah dan untuk
mentafsir pengaruh daripada tiada kebolehpercayaan daripada korelasi antara
pengukuran dan krisis minat.